Buru sang serigala Tasik Kenyir
Oleh Mohd Rozam Abdul Wahab
 |
| BERKILAU: Penulis dengan sebarau hasil tangkapan hari terakhir menggunakan umpan hidup. |
TASIK KENYIR: Setelah sekian lama dirancang malah menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya Team Kelab Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diketuai Zakaria dengan ahlinya Nazrin, Tamim, A Syukri, Safniezal dan penulis akhirnya dapat menganjurkan trip ke Taman Negara, Tasik Kenyir, bagi memburu penghuni dasarnya.
Walaupun sejak hari pertama hingga terakhir hujan tidak berhenti dan jarak perjalanan memakan masa sehingga lima jam dengan rumah rakit, semua itu langsung tidak mematahkan semangat kami untuk ke sana.
Namun, kami agak teruja dengan tekong Karim yang mengatakan beberapa minggu sebelum itu beliau menaikkan seekor badong (sebarau) seberat 5 kilogram (kg) di sekitar Sungai Terengan. Kami sampai ke lokasi kira-kira jam 6.30 petang setelah bertolak dari pangkalan di Jenagor, pada jam 1.30 tengahari.
Berbekalkan senjata ampuh dan berumpankan anak keli hidup serta set casting, pertarungan bermula pada malam hari dengan joran Safniezal dihenjut kuat oleh sang toman. Namun tali sulam utama tidak berjaya menahan asakan toman tasik itu. Walaupun berputih mata, ia adalah pengalaman pertama beliau menguji asakan penghuni Tasik Kenyir. Malam pertama dilabuhkan tanpa sebarang hasil. Seperti biasa tanpa hasil, menu makan malam pertama kami adalah sardin dan telur goreng.
Pada hari kedua, penulis bersama Nazrin, tekong dan Safniezal, mudik seawal jam 7.30 pagi ke hulu Sungai Terenggan berbekalkan set casting. Beberapa kali sentapan mengena. Namun sayang, penghuninya lebih bernasib baik kerana bijak menyelinap ke dalam tunggul kayu dan rumput di gigi air.
Kemudian, nasib menyebelahi kami. Kali ini Nazrin mendaratkan seekor sebarau berskala 400 gram yang rakus menghentam sesudu kilatnya. Kami beralih ke lubuk yang airnya lebih deras dan mempunyai struktur tunggul kerana kami percaya di situ kelibat sang serigala pasti ada. Tekaan kami tepat. Balingan pertama kami disambut dengan sentapan kembar daripada tekong dan penulis. Hasilnya dua ekor serigala air tawar ini didaratkan.
Pada sebelah petang, giliran Tamim, A Syukri dan Zakaria menguji jentera joran masing-masing. Walaupun masih baru dan kurang arif mengena teknik casting, mereka pulang dengan hasil yang tidak kurang hebatnya. Tidak habis di situ, tiba-tiba sang serigala mengamuk di tepi bot kami di kala mentari mula diterjah kegelapan dengan keadaan yang agak ‘frenzy’.
Perkara ini jarang berlaku dan mungkin menjadi rezeki kami kali ini. Tanpa membuang masa balingan dilontarkan dan disambut dengan sentapan kuat. Hasilnya seekor badong sulung daripada Safniezal berskala 1.2kg didaratkan dengan megah. Tidak cukup dengan itu, beberapa kali sentapan mengena dengan bersenjatakan Rapala Shard Rap dan Duel Hardcore yang menumpaskan mangsa.
Penangan menu makan malam kami hari itu mungkin lebih menguja dan menyelerakan.
Pada hari terakhir, seekor sebarau terpedaya dan terperangkap dengan umpan hidup. Walaupun hasil tidak berapa memuaskan, kepuasan jelas terpancar di wajah kami. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami kali ini kerana air hulu sungai turun dengan laju dan membatasi pergerakan untuk bermudik ke lubuk yang lebih baik. Namun, semangat kami tidak pernah goyah dan lentur serta berharap dapat menguji sekali lagi penghuni gah Tasik Kenyir iaitu sang serigala suatu hari nanti.
|
|
| lain-lain artikel |
- Lima artis hibur peserta, pengunjung
- Pangkalan Kempas pusat 50 lubuk
- Ubi gadung bakar umpan udang galah
- Buru cermin di karang celah pulau
- Temalian gergasi menyerah kalah waktu malam
- Pembuka Tirai 2009 di Tasik Titiwangsa
- Bising boleh ganggu kejinakan kelah
- Selongkar lubuk rahsia Mat Misai
- Sukan pancing perlu cetusan revolusi
- MPD akan bina replika tenggiri
- Raja kelah robekkan pukat
- 800kg ikan dari salur paip minyak
- Tengkujuh mulai tengah November hingga Mac
- Masa tepat pemancing Malaysia jadi pro
- Terengganu sedia lokasi Pra-Gp Joran 2009
- Bayan cantik dari dasar Andaman
- Sawit peram pikat lima kelah
- Baung 5 kilogram di muara Skin
- 224km pantai Terengganu jadi lubuk pancing
- Laba RM15,000 selepas tiga tahun cuba nasib
- Ikan pari dominasi Teluk Lipat
- Peserta Terengganu, Selangor bolot Kategori Laut
- Penaja meriahkan Padang Astaka
- Dungun sesuai jadi Bandar Tenggiri
- Dungun jadi lokasi tetap karnival pancing
- 25 peserta ranking GS diasingkan
- Kelah tunggal muncul di Lubuk Dayang
- 6 artis, Pentarama gegar Dungun
- Boat Explorer, I'naz, Orang Kampung serah tajaan
- 26 gerepoh Nok Kiau tumpas
- Habuan RM200,000 menanti peserta GP Joran di Teluk Lipat
- Hattan, Bard, Farah muncul di Dungun
- Batu hampar berlumut undang padah
- Gelidah Burma Bank
- Empat rebut juara Grand Slam pantai 2008
- Kakitangan Kolej Komuniti ikuti kursus di Selat Melaka
- Pakej menarik menanti di Mayangsari Resort Dungun
- Perairan Sarawak tetap jadi idaman
- Wang tunai RM7,000, TV skrin rata percuma
- Peserta Lembah Klang kuasai laut, Pahang di pantai
- Rezeki Hamzah hadir ketika hendak pulang
- Selar hidup pikat 8 ikan layar RPBIC
- Hadiah RM57,000 di Teluk Lipat
- 40,000 pengunjung berpesta
- 11 jawatankuasa kecil kendali operasi, peserta RPBIC
- Hanya 45 pasukan untuk RPBIC
- Toman lombong Keliang tumpas
- GP Joran di Pekan 2, 3 Ogos
- RPBIC 2008 kembali dengan hadiah RM47,800 untuk direbut
- Bot Rahmat karam dilanda ombak kapal
- Jom serbu Pantai Puteri esok, Ahad
- Maggi, Nescafe serah tajaan
- The Seafarer sedia menu baba
- RM100,000 untuk Karnival Memancing Bank Rakyat-Joran
- Mamat Exists, Lips hiburkan penonton
- 9 penaja meriahkan Pantai Puteri
- Sotong pukau tenggiri tukun
- Ternak ketam mudah, lumayan
- Toman Banding rembat haruan
- Geng Sime UEP punggah sotong torak
- Bank Rakyat sedia RM40,000 di Pantai Puteri, Melaka
- RM15,000 berpindah tangan dalam 3 minit
- Pantai Puteri banyak spesies komersil
- 20,000 pengunjung meriahkan karnival
- Kaunter jualan penaja diserbu
- Pantai Sungai Lang kian dikenali
- Kaunter penaja jadi tumpuan
- Ikan di perairan Sabak Bernam kian popular
- Kerani JPS bawa pulang RM15,000
- Lima tahun tunggu jadi juara
- Sabdariffa, Bai-World turut menaja
- NatStar, Noraini's buka kaunter
- Berkat sabar menunggu
- Bernas berbakti kepada anak yatim, maahad tahfiz
- Pantai Sungai Lang berpesta
- Peserta laut berlepas di Sekinchan, Sungai Besar
- Lagi penaja serah produk
- Herman Tino, Haiza gegar Sungai Lang
- Rozi terkena semburan 'dakwat' sotong
- Tarik tali tawar habuan RM4,000
- Persiapan karnival berjalan lancar
- Senohong buka tirai ke Pulau Angsa
- 15 syarikat serah tajaan GP Sabak Bernam
- Bank Rakyat serah tajaan RM100,000
- Kaunter daftar dibuka esok, Ahad
- Nelayan Australia tangkap sotong gergasi
- Kaunter penaja di Sabak Bernam
- Nikmati tuna, belitung, wahoo ketika keliling dunia
- Sertai aktiviti Kelab Nuri
- NatStar, I'naz tarik pemancing ke Sabak Bernam
- 10 kawah tunggu peserta GP Joran
- Emkay tubuh pusat kaji ikan Tasik Banding
- Panduan, laluan menuju ke Sabak Bernam
- I'naz taja Kategori Pantai, TCE Tackles buka kaunter
- Tempahan bilik homestay dibuka
- Pak Nuri sambut ulang tahun perkahwinan ke-50
- LASIFC 2008 terbukti gelanggang penuh cabaran
- Layang-Layang uji ketahanan pemancing
- Kongsi kemeriahan di Teluk Mak Nik
- 'Bapak' kerapu Laut Semantan tumpas
- Pusingan kedua GP Joran pada 7, 8 Jun di Sabak Bernam
- Jom bertandang ke Sabak Bernam
- Karnival GP Joran Berita Harian mantapkan pelancongan
- Peserta Johor dominasi pusingan pertama
- Polis, nenek, peniaga sapu laba RM17,000
- Bank Rakyat tawar RM40,000 di Kemaman
- Kemeriahan di Jitra dibawa ke Kemaman
- Peserta daftar 5 pagi di Jeti LKIM Sedili
- Produk B100% Naturally untuk pemancing
- Penaja meriahkan tapak karnival di Desaru
- 180 sertai LASIFC 2008 di Satun
- Siakap menari di Sungai Tiram
- Pendaftaran Karnival Memancing Bank Rakyat-Joran hari ini
- Hafiz kecil-kecil cili padi
- Kerapu 40kg di Danga Bay
- Di mana pokok ara di situ ada kelah
- Hadiah lumayan disambut baik
- Ikan pelayak pantang dihulur lumik
- Ar-Rahnu, Az-Zahab produk popular Bank Rakyat
- Kemeriahan Karnival Bank Rakyat Joran 2008
- Pembiayaan Peribadi-I Aslah
- Pusingan Pertama Karnival GP Joran 2008 di Desaru
- Pakej bas RM75 ke Sedili
- RM57,000 habuan Karnival GP Joran di Desaru, Johor
- Sedili, Desaru gelanggang di Johor
- 31 gerepoh dari Laut Andaman
- Tango, Major Braid untuk ikan Malaysia
- TCE taja 30 set joran
- Lapan lubuk baru di Kuala Krau
- Barra King buru siakap Sungai Temun
- Bank Rakyat tawar RM120,000 bagi tiga siri karnival pancing
- RM40,000 menanti di Tasik Darulaman
- Rahsia umpun-umpun
- Penunggu Lubuk 927 tumpas
- 20,000 pengunjung meriahkan karnival
- Daftar GP Joran guna sistem komputer
- Nabil, artis AF gegar Pentas Budaya
- Hadiah cabutan bertuah lumayan
- Karnival Pra-GP Joran dua hari
- Spesies serang nelayan disah bukan piranha
- 200 warga kerja HM/MA memancing
- Daftar hanya guna MyKad
- Daftar terus di Pantai Puteri
- Tenggiri Alang dari Batu Berhala
- Lima kebun ikan di Selangor mula berhasil
- Udang galah Sungai Timun pupus dituba
- Pantai Puteri gamit ramai kaki pancing
- Orang Kampung sertai GP Joran
- Buru pak janggut Kampung Sekor
- Scheimreis pakar buru layar, marlin
- Teh herba Orang Kampung
- Menotok jenahak, merah di laluan kapal
- Pencerobohan, pendatang musnahkan zon perikanan
- Ketapung, emperagai petua pancing Iban
- Bertempur patin di lubuk udang galah
- Buru 25 tenggiri di Tuas Yan
- Udang galah mabuk di muara Sungai Muar
- Pra-GP Joran 2008 di Melaka
- Sungai Langat medan pemburu udang galah
- Geng pancing MPAJ kembali ke Dungun
- Rompin tempat memancing strategik
- Tambak, tenggiri dari Pulau Jahat
- Mogi popularkan jigging
- Appu tawan tenuk 20kg Pulau Jarak
- Rezeki bot berlabuh di lubuk eron
- Setimbun tenggiri rezeki di Tokong Burung
- Semilang Sungai Lukut pilih udang pasar
|
|