Joran

Joran » Berita

Pakej bas RM75 ke Sedili



KUALA LUMPUR: Persatuan Pemancing-Pemancing Shah Alam Selangor (PPPSAS) akan menyediakan bas untuk membawa pemancing dari Lembah Klang bagi menyertai pusingan pertama Karnival GP Joran 2008 yang diadakan di Sedili, Johor pada 3 dan 4 Mei ini.

Pengerusi PPPSAS, Jaafar Zainuddin, berkata bagi tujuan itu pihaknya hanya menerima 40 pemancing pertama yang mendaftar dan setiap peserta dikenakan bayaran RM75 bagi perjalanan pergi balik kira-kira 900 kilometer.

Yang berminat, hubungi beliau: 019-2195074 atau terus mendaftar di Lot 1409, Jalan Mat Raji, Padang Jawa, Shah Alam.

carian artikel
lain-lain artikel
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.