Joran

Joran » Berita

Penaja meriahkan tapak karnival di Desaru



LAJU: Motosikal mini dan kenderaan lasak pelbagai guna edaran G-Motosport yang akan menjadi milik pemenang Karnival GP Joran 2008 nanti.
LAJU: Motosikal mini dan kenderaan lasak pelbagai guna edaran G-Motosport yang akan menjadi milik pemenang Karnival GP Joran 2008 nanti.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 penaja utama akan menyertai pusingan pertama Karnival GP Joran 2008 di Desaru, Johor pada 3 dan 4 Mei ini.

Syarikat terbabit kebanyakan penaja setia GP Joran kini terus menaja pelbagai produk untuk menjadi habuan peserta dan pemenang pertandingan memancing paling berprestij di negara ini.

Penaja termasuk Adabi Consumer Industries (Adabi), syarikat pengeluar makanan dan minuman Nestle, Bernas, TCE Tackles, Gardenia, ECE Human Inovation, Produk Orang Kampung, G-Motosport, Noraini Cookies, Delluscious, Boat Explorer, Wonderful, I'naz dan Dina.

Di Desaru, Adabi turut mengadakan demonstrasi memasak menggunakan produk terbarunya Asam Jawa Xtra. Produk itu adalah terbaru di pasaran dengan kualiti terbaik pernah dikeluarkan di negara ini.

Chef Adabi, Chef Raman Abu Samah, akan menunjukkan cara memasak dan menyediakan minuman menggunakan Asam Jawa Xtra yang dipek dalam bekas yang kedap udara dan sentiasa bersih sepanjang masa.

Nestle pula menaja 1,000 tin minuman berkhasiat Nescafe Energo, yang sesuai untuk memberi tenaga kepada mereka yang melakukan pelbagai aktiviti lasak termasuk memancing.

Minuman campuran tongkat ali dan guarana itu juga akan diberi kepada semua peserta.

Minuman itu mendapat sambutan hangat di pasaran dengan harga yang rendah. Kepada pengunjung yang berada di Desaru boleh menjengok gerai Nestle untuk mendapatkan penerangan dan sampel minuman percuma.

Bernas pula menaja 500 kilogram beras untuk pemenang dan sebahagian disumbangkan untuk anak yatim dan orang miskin di sekitar Desaru. Kepada pengunjung mereka juga mendapatkan pelbagai jenis beras dengan harga potongan.

Selain itu Gardenia menaja 1,500 roti untuk dimasukkan ke dalam beg peserta selain hadiah untuk kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna.

G-Motosport pula mengadakan pameran dan jualan istimewa motosikal mini serta kenderaan pelbagai guna ATV di tapak karnival di Desaru.

Produk Orang Kampung juga tidak ketinggalan menaja barangan seperti minyak merah roll on, minyak hijau roll on, bam serai, salap, minyak gamat, minuman long jack dan kacip fatimah. Orang ramai boleh berkunjung ke gerai syarikat itu di tapak karnival.

Yang ingin mencari pakaian eksklusif, I'naz Collection, yang membuka gerai di Desaru turut menawarkan diskaun harga 50 peratus kepada pengunjung, selain hadiah untuk pemenang.

I'naz akan mempromosikan pelbagai corak sari songket dari India dan mahu mencari pengedar di seluruh negara.

FAKTA

Penajaan Karnival GP Joran 2008 di Desaru


  • Kira-kira 20 penaja utama akan turut serta.

  • Syarikat yang terlibat seperti Adabi Consumer Industries (Adabi), syarikat pengeluar makanan dan minuman Nestle, Bernas, TCE Tackles, Gardenia, ECE Human Inovation, Produk Orang Kampung, G-Motosport, Noraini Cookies, Delluscious, Boat Explorer, Wonderful, I'naz dan Dina.

  • carian artikel
    lain-lain artikel
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
    Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.