Joran

Joran » Berita

Peserta Johor dominasi pusingan pertama

Oleh Helmi Hamzah

PESERTA menyaksikan tangkapan peserta.
PESERTA menyaksikan tangkapan peserta.

KUALA LUMPUR: Peserta Johor mendominasi pemenang pertandingan memancing pusingan pertama Kategori Laut GP Joran 2008, yang berakhir di Pantai Desaru Kota Tinggi Johor, Ahad lalu.

Daripada 40 senarai pemenang, 23 dimenangi peserta dari Johor walaupun tempat pertama di menangi peserta dari Selangor dan ketiga dimenangi oleh peserta dari Pahang. Daripada 10 pemenang teratas dimenangi lima peserta dari Johor, Selangor (2), Pahang (2) dan Kelantan (1).

Manakala Selangor menduduki kedua terbanyak dengan 10 peserta yang berjaya memenangi hadiah yang ditawar termasuk juara Mohd Razali Bakri dari Pelabuhan Klang, yang menaikkan aruan tasik seberat 28.48 kilogram. Manakala pemenang ketiga Rohmat Chik menaikkan tenggiri seberat 8.48 kilogram.

Manakala peserta negeri lain dua dari Pahang, Kelantan (2), Negeri Sembilan (1), Kuala Lumpur (1) dan Kedah (1).

Keseluruhannya spesies tenggiri mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi yang didaratkan oleh peserta. Sebanyak 21 ekor ikan berkenaan berkenaan dihantar ke meja hakim untuk dipertandingkan.

Spesies aruan tasik dan mayong berada di tempat kedua apabila dua spesies itu, masing-masing mencatatkan lima ekor yang dibawa ke meja hakim, manakala ebek (4), jenahak (2), kaci (1), gerong belang (1) dan bawal (1).

Bagaimanapun, jumlah tangkapan keseluruhan yang berjumlah 325.58 kilogram daripada 40 pemenang pada tahun ini merosot, berbanding 347.12 kilogram bagi 30 pemenang tahun lalu.

Kemerosotan ini berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor keadaan air laut yang kurang berarus ataupun air mati hingga mengakibatkan ikan kurang bergerak serta kurang aktif.

Tekong bot nelayan juga tidak menafikan masalah perubahan cuaca serta Laut China Selatan baru saja lepas daripada musim tengkujuh juga menjadi faktor utama ikan besaiz bagak tidak dapat ditangkap.

Bagaimanapun mereka yakin bulan Jun dan Julai adalah masa yang terbaik untuk kaki pancing menguji lubuk di sekitar perairan Johor yang saban tahun tidak mengecewakan pemancing.

carian artikel
lain-lain artikel
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.