I'naz taja Kategori Pantai, TCE Tackles buka kaunter



KUALA LUMPUR: Kaki pancing boleh menyertai Kategori Pantai secara percuma dengan syarat membeli songket sari di kaunter I'naz Design & Collection (I'naz) di tapak Karnival GP Joran 2008 di Sungai Lang, Parit Baru dekat sini mulai 7 Jun ini.

Pengurusnya, Azlina Ahmad, berkata mereka hanya perlu membeli songket sari sekurang-kurangnya bernilai RM150 dan boleh menyertai Kategori Pantai bagi GP Joran di Sabak Bernam secara percuma.

“Ini bermakna, dengan membayar RM150, pemancing mendapat songket sari dan memancing percuma,” katanya.

Azlina berkata, peserta tetap akan mendapatkan potongan RM80 untuk kain lain yang dijual pada harga RM200, RM280, RM300 dan RM350 hingga RM1,000 sehelai.

“Bagi kain RM200, peserta hanya perlu membayar RM120 dan begitu seterusnya. Selepas itu, resit pembelian berkenaan perlu dikemukakan kepada urus setia GP Joran untuk membolehkan mereka menyertai Kategori Pantai bagi GP Joran secara percuma,” katanya.

Beliau berkata, peserta juga boleh membuat bayaran secara tunai mahupun kemudahan kad kredit Master Card atau Visa di lokasi. Keterangan: 012-2085713.

Sementara itu, TCE Tackels Sdn Bhd turut memanjangkan komitmen terhadap kaki pancing apabila menaja pelbagai peralatan dan aksesori memancing bagi memastikan kemeriahan penganjuran GP Joran di Sungai Lang, terus meriah.

Tajaan diserahkan Pengurus Jualan (Wilayah Tengah), Dylan Khor Chai Lai, kepada Pengarang Joran/Projek Khas, Kamal Ahmad di Bilik Pameran TCE di Seri Petaling di sini.

TCE Tackles menaja kekili, joran, gewang dan topi kepada pemenang, selain 500 mata kail Fire Eagle untuk diagih kepada 250 peserta terawal Kategori Laut.

TCE Tackles juga akan membuka kaunter jualan dan promosi di lokasi karnival pada 7 dan 8 Jun ini.

Keterangan: 03-22822323 sambungan 4240/4241 atau 013-3310166.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.