Joran

Joran » Berita

Bernas berbakti kepada anak yatim, maahad tahfiz

Oleh Osman Lisut

IKHLAS: Roslan (kiri) menyerahkan beras sebagai simbolik sumbangan Bernas kepada wakil rumah anak yatim dan Mahad Tahfiz.
IKHLAS: Roslan (kiri) menyerahkan beras sebagai simbolik sumbangan Bernas kepada wakil rumah anak yatim dan Mahad Tahfiz.

SABAK BERNAM: Padiberas Nasional Berhad (Bernas), amat prihatin dengan nasib orang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim. Tidak hairanlah setiap kali berlangsungnya Karnival Memancing GP Joran, syarikat berkenaan menunaikan tanggungjawab sosialnya disetiap lokasi pertandingan.

Terbaru, Bernas menyumbangkan sebanyak 200 kampit beras untuk kegunaan penghuni Rumah Anak Yatim Darul Aitam Kampung Sekendi dan Maahad Tahfiz Kampung Tebuk Mufrad, di Sabak Bernam ketika berlangsungnya Karnival GP Joran Selangor di Pantai Sungai Lang, Parit Baru, Sabtu lalu.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengurus Kanan Unit Perhubungan Awam Bernas, Roslan Othman, kepada wakil pengurusan kedua-dua rumah anak yatim dan Maahad Tahfiz berkenaan.

Roslan berkata, sudah menjadi kelaziman Bernas membantu mereka yang memerlukan dan penganjuran GP Joran di lokasi tertentu memudahkan pihaknya menyampaikan sumbangan yang sudah diperuntukkan.

Sementara itu, di sepanjang karnival berkenaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mempelbagai aktiviti dengan penganjuran perlumbaan motosikal lasak dan pertunjukan permainan Wau Kapal yang disertai ramai peserta dari Selangor, Kuala Lumpur serta Perak.

Manakala, Jabatan Kemas Sabak Bernam pula mengadakan pertandingan suami menyolek isteri, memakai kain samping suami, makan buah epal, meniup belon wanita, boling kelapa dan mewarna untuk kanak-kanak. Malah penganjur turut mengadakan acara tarik tali untuk kanak-kanak.

Orang ramai juga dapat menyaksikan pertandingan motosikal lasak yang menjadikan keadaan di pantai Sungai Lang bertambah meriah selama dua hari.

carian artikel
lain-lain artikel
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.