Joran

Joran » Berita

Boat Explorer, I'naz, Orang Kampung serah tajaan

Oleh Osman Lisut dan Saadiah Ismail

KUALA LUMPUR: Tiga syarikat menyerahkan tajaan untuk pemenang pusingan akhir Karnival GP Joran 2008, di Dungun, esok.

Wakil I’naz Design & Collection (I'naz), Boat Explorer Sdn Bhd dan Syarikat Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd (Orang Kampung) masing-masing menyerahkan tajaan itu yang bakal memeriahkan lagi karnival berkenaan.

Pengurusnya I'naz, Azlina Ahmad, menyerahkan 19 helai songket sari bernilai lebih RM3,000 Penolong Pengarang Joran, Ibrahim Muhammad di Balai Berita, Rabu lalu.

Ibrahim turut menerima penyerahan tajaan daripada Boat Explorer Sdn Bhd menyumbang sebuah bot gentian kaca, GT Topper pelbagai guna bernilai RM2,000 sebagai hadiah kepada naib juara Grand Slam GP Joran 2008. Tajaan disampaikan Pengarahnya, K C Thien, di Balai Berita.

Sementara itu, Adabi menyerahkan kira-kira 1,000 paket sup bunjut ikan dan kunyit untuk diagih-agihkan kepada peserta pusingan akhir GP Joran di Teluk Lipat Dungun, Sabtu ini.

DI Melaka, Syarikat Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd (Orang Kampung), pengasas produk penjagaan alternatif di negara ini, turut tidak ketinggalan menaja pusingan akhir Karnival GP Joran 2008.

Tajaan diserahkan Pengurusnya, Abd Ghani Hashim, kepada Ketua Biro Eksekutif Berita Harian Melaka, Amirullah Andi Nur di ibu pejabat syarikat itu di Taman Seri Duyung.

Antara produk terkenal yang ditaja adalah kapsul Tongkat Ali, Longjack, Kacip Fatimah, Slimatee selain Makjun Tongkat Ali, Teh Herba Uncang, Jus Tongkat Ali, Jus Tongkat Ali Longjack Diet, Jus tongkat Ali Mengkudu, Bedak Air Seri Inai, Tonik Rambut Seri Inai, Minyak Gamat, Pil Resdung, Pil Penambat, Pati Mengkudu, Kapsul Gamat dan Kapsul Minda.

carian artikel
lain-lain artikel
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.