Penaja meriahkan Padang Astaka
Oleh Osman Lisut
 |
| PENAJA memeriahkan lagi karnival GP Joran 2008 di Teluk Lipat. |
DUNGUN: Tidak dinafikan kemeriahan pusingan akhir Karnival GP Joran 2008 di Teluk Lipat di sini, berikutan kehadiran penaja utama Perodua dan disokong penaja lain - Maggi, Nescafe, Adabi, Bernas, Perusahaan Orang Kampung, G-Motosport, B100% Naturally, BSN Prudential, Etiqa Maybank dan Zone Event Management.
Malah 80 pemenang semestinya gembira menerima pelbagai hadiah produk tajaan TCE Tackles Sdn Bhd, ECE Human Innovation, Noraini’s Cookies, Halagel, Del Lucious, Boat Explorer, I’Naz Design & Collection, Great Summit, Natstar, Gardenia dan Sungai Lang Marine & Supply.
Sebanyak 80 hamper dan baucar penginapan tajaan Tourism Malaysia Terengganu turut membuat ramai peserta tersenyum puas menerima hadiah cabutan bertuah itu.
Gerai penaja bukan saja menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat produk terkini keluaran mereka, sebaliknya memberi peluang kepada pengunjung membeli belah dengan harga jauh lebih murah daripada pasaran.
Antara yang diserbu pengunjung ialah gerai Bernas yang menawarkan harga istimewa beras pelbagai gred. Difahamkan, 24 tan beras manakala dua tan diagih-agihkan untuk golongan miskin, kurang upaya, warga emas dan anak yatim.
Turut menjadi tumpuan gerai Maggi, Nescafe dan Adabi yang memberi peluang pelanggan mencuba produk masing-masing secara percuma sambil menawarkan ‘harga runtuh’ pelbagai produk seperti mee, paket Nescafe, Milo, coklat, asam jawa, serbuk kari, perisa masakan dan tepung pelbagai guna.
Perodua yang pertama kali memperlihatkan model baru MyVi SE di gelanggang GP Joran turut diserbu pengunjung yang ingin melihat dan mendapat maklumat lebih dekat kereta baru itu.
G-Motosport yang diwakili 41 Trading, mempamerkan kenderaan lasak pelbagai guna (ATV), motosikal mini, buggy dan scramler mini selain memberi peluang pengunjung memandu kenderaan itu dengan bayaran minimum.
Sementara Perusahaan Orang Kampung menawarkan sampel minuman bertenaga Tongkat Ali dan Kacip Fatimah kepada orang ramai. BSN Prudential dan Etiqa Maybank pula menawarkan perkhidmatan polisi insurans yang boleh dibeli terus secara on-line.
ECE Human Innovation menaja hadiah peralatan elektrik termasuk televisyen, LCD, periuk nasi, pemain cakera padat digital (DVD) sebagai hadiah kepada pemenang.
|