Gerepoh Batu Kapas
Oleh Osman Lisut
 |
| BERAT: Ahmad Shukri bersama seekor gerepoh gergasi yang tewas di tangannya. |
KUALA TERENGGANU: Pantang umpan dihulur ke dasar, sang mangsa pasti menyambarnya sekali gus tidak ada masa pemancing berehat, kata Zulkifli Saidin ketika menceritakan pengalaman bersama Ahmad Piah, Ahmad Shukri Uzir dan Zainal Kulup Ahmad memancing di lubuk Kapas Batu kira-kira 18 perjalanan dari sini, baru-baru ini.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Zul GT iaitu sinonim dengan kemahirannya menumpaskan ‘Giant Travelly’ atau gerepoh (Caranx sexfasciatus) berkata dia dan rakan-rakan lain tidak menang tangan menaikkan satu demi satu ikan yang bersaiz mega hingga ada di antara mereka kepenatan melayan aksi ganasnya.
“Sebelum ini pun ada juga GT yang ditewaskan tetapi tidak serancak trip kali ini. Pantang saja jig diturunkan, ada saja ikan yang menyambar.
Masalahnya, ikan yang menyambar bersaiz bagak sehingga 25 kilogram... semput setengah nyawa dibuatnya,” katanya.
Zul berkata, semua itu berlaku pada malam kedua trip berkenaan kerana ketika itu air tenang tetapi terdapat sedikit arus, di bawah menyebabkan banyak GT keluar mencari makan.
“Mula-mula Ahmad Piah menewaskan GT seberat 15kg, diikuti Ahmad Shukri, saya dan Zainal. Kami berpesta GT pada malam itu. Kasihan tekong yang terpaksa membantu kami menggancu ikan,” katanya.
Dalam rancak menaikkan GT, kata nya, terdapat spesies ikan lain tersangkut pada jig seperti ikan merah (Lutjanus bohar) dan ibu kerisi (Pristipomoides multidens).
“Pada malam itu, masing-masing memperoleh satu atau dua ekor GT bersaiz XL, sementara enam ikan merah seberat 8 hingga 12kg turut ditewaskan. Riuh rendah dibuatnya.... masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukan ‘strike’.
“Boleh dikatakan setiap ikan yang melekat pada mata jig, sudah pasti kami terpaksa melayan 20 hingga 40 minit. Nak tercabut lengan dibuatnya ketika menahan aksi GT yang cuba melepaskan diri,” katanya.
Bagaimanapun, aksi ganas itu hanya untuk tempoh lapan jam. Tepat jam 2 pagi, keadaan kembali sunyi. Tiada lagi tanda ikan GT cuba menyambar jig. Memandangkan semua pemancing keletihan, mereka berehat dan tertidur sebelum dikejutkan pada jam 9 pagi keesokannya.
Memancing pada siang hari tidak banyak yang menarik. Rata-rata hanya ikan bersaiz sederhana seperti ibu kerisi seberat 2kg hingga 3kg yang mengena mata kail. Asakannya juga kurang menarik.
Sejurus menjelang jam 8 hingga 2 pagi, bermula episod kedua adegan tarik menarik antara pemancing dengan GT.
“Tidak kurang juga yang terlucut. Mungkin kerana rontaan ganas ikan bersaiz mega menyaksikan pemancing sekadar memperoleh serpihan bibir GT yang melekat pada mata jig. Saya rasa, lebih daripada 10 kali kami terlepas, namun sekadar berpuas hati memperoleh enam GT pada malam berkenaan.
“Itu sudah cukup meletihkan namun kami amat teruja dengan aksi ganas berkenaan dan berjanji akan datang semula ke lubuk Batu Kapas pada masa akan datang.
“Hasil tangkapan berbaloi walaupun perjalanan ke lubuk berkenaan memakan masa 18 jam,” katanya yang boleh dihubungi: 012-2644941
|
|
| lain-lain artikel |
- Perodua Nautica, Viva tunggu jagoan GP 2009
- Mengilat sebarau di taman larangan
- Ibu gelama lubuk rahsia Pak Ku
- Pekan, Sedili, Dungun syurga pancing 2008
- Husin, Zuraidi pandu pulang Perodua ViVA
- Selongkar Unjam Laut di perairan Nyireh
- Ebek dari belakang Tenggol
- Dungun mempunyai kelebihan tersendiri
- Tiga tenggiri sapu RM24,000
- GP Joran beri kesan positif kepada pelancongan
- Kelah Tasik Kenyir jadi produk pelancongan
- Bernazar botakkan kepala, puasa dimakbul
- Ikan doktor rawat kulit
- 60 bot, 4,500 aksesori dipamer 11 hari
- 60 merah, kerapu Sarawak serah diri
- Peserta Terengganu kuasai 'Monica Bay'
- Jenahak kuasai carta, kerapu juara
- Pesta senohong di gelanggang GP
- Buru jenahak emas dalam lubang selat
- Bertandang ke lubuk bertuah
- Mohd Razali pemancing pertama menang RM15,000
- Peluang terbuka pancing ikan gred A
- Tebal pipi Tanjung Siang
- Pulau Banding syurga pemancing
- Kerapu bara, kara baham lumahan
- Buru ikan minyak, GT di Takarewataya
- Ekspedisi tumpaskan 101 merah
- Jagoan Pantai Puteri
- Ketumbang Sarawak
- Udang pasar pikat senohong Pulau Angsa
- Kelah merah bertapa di Lata Papan
- Kertang serah diri di lubuk Nailookmee
- Kenduri ibu kerisi Koh Adang
|
|