GP Joran beri kesan positif kepada pelancongan
Oleh Sariha Mohd Ali
 |
| JAGUH: Najib dan enam jagoan Karnival GP Joran 2008 di Kuala Pahang bersama tetamu VIP pada majlis penutup, Ahad lalu. |
PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan Kuala Pahang sebagai lokasi pusingan ketiga Karnival GP Joran 2008, memberi banyak kesan positif kepada industri pelancongan di Pahang dan penduduk tempatan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pertandingan itu menyebabkan Kuala Pahang menjadi tumpuan peserta dari seluruh negara sekali gus mempromosikan kawasan berkenaan yang sebelum ini mungkin tidak diketahui orang ramai.
Beliau berkata, kemeriahan sambutan karnival itu juga membolehkan penduduk di kawasan berkenaan menambah pendapatan menerusi kegiatan perniagaan, selain menyewa bot dan tekong kepada peserta.
“Saya bangga apabila Kuala Pahang dipilih tuan rumah bagi Karnival GP Joran ini kerana ia memberi banyak kesan sampingan yang positif.
“Jika sebelum ini, orang tidak kenal Pekan tetapi selepas pertandingan itu, mereka sudah tahu di mana Pekan dan keistimewaan perairan Kuala Pahang.
“Karnival GP Joran menjadi medan promosi terbaik kepada daerah ini yang akhirnya meningkatkan industri pelancongan tempatan, selain penduduk boleh menambah pendapatan membuka gerai jualan dan menyewa bot,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pusingan ketiga Karnival GP Joran 2008 di Kuala Pahang, dekat sini, Ahad lalu.
Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail; Pengarang Joran/Projek, Kamal Ahmad; Pegawai Daerah, Datuk Abdul Basik Mohd Shah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail.
Najib berkata, hobi memancing wajar dipopularkan kerana ia banyak membawa kebaikan termasuk dapat memberi ketenangan jiwa kepada penggemarnya.
Berikutan itu, katanya, Berita Harian perlu memperluas dan meneruskan pertandingan GP Joran serta mengekalkan Kuala Pahang sebagai lokasi memancing popular di negara ini.
Terdahulu, Manja berkata, perairan Kuala Pahang antara lubuk memancing terbaik di Semenanjung berdasarkan jumlah tangkapan peserta adalah yang terberat dalam 11 tahun siri GP Joran.
|
|
| lain-lain artikel |
- Pekan, Sedili, Dungun syurga pancing 2008
- Husin, Zuraidi pandu pulang Perodua ViVA
- Selongkar Unjam Laut di perairan Nyireh
- Ebek dari belakang Tenggol
- Dungun mempunyai kelebihan tersendiri
- Tiga tenggiri sapu RM24,000
- Kelah Tasik Kenyir jadi produk pelancongan
- Bernazar botakkan kepala, puasa dimakbul
- Ikan doktor rawat kulit
- 60 bot, 4,500 aksesori dipamer 11 hari
- 60 merah, kerapu Sarawak serah diri
- Peserta Terengganu kuasai 'Monica Bay'
- Jenahak kuasai carta, kerapu juara
- Pesta senohong di gelanggang GP
- Buru jenahak emas dalam lubang selat
- Bertandang ke lubuk bertuah
- Mohd Razali pemancing pertama menang RM15,000
- Peluang terbuka pancing ikan gred A
- Tebal pipi Tanjung Siang
- Pulau Banding syurga pemancing
- Kerapu bara, kara baham lumahan
- Buru ikan minyak, GT di Takarewataya
- Ekspedisi tumpaskan 101 merah
- Jagoan Pantai Puteri
- Ketumbang Sarawak
- Udang pasar pikat senohong Pulau Angsa
- Gerepoh Batu Kapas
- Kelah merah bertapa di Lata Papan
- Kertang serah diri di lubuk Nailookmee
- Kenduri ibu kerisi Koh Adang
|
|