Dungun mempunyai kelebihan tersendiri
Oleh Osman Lisut
 |
| BERNILAI.... Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Za'abar Mohd Adib (tiga dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Husin (tiga dari kiri) mengenai tangkapan peserta kategori Laut sambil disaksikan Pengarang Kumpulan Berita Harian (dua dari kanan), Datuk Manja Ismail dan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Bernas, Roslan Othman (kanan). |
KUALA LUMPUR: Sebut saja Dungun, terkenang akan kita lombong bijih besi yang terkenal pada tahun 1940-an, namun ia hanya tinggal sebagai kenangan. Namun, daerah ini sudah berubah wajah apabila mula dikenali sebagai destinasi pelancongan pesisir pantai, selaras dengan kempen kerajaan 'Tahun Melawat Terengganu 2008'.
Menariknya, Dungun ialah keindahan pantainya yang paling panjang di Pantai Timur Semenanjung, manakala pulaunya pula kaya dengan pelbagai khazanah laut seperti ikan, batu karang serta hidupan lain yang sering menggamit akan kehadiran pengunjungnya. Di samping hasil laut segar seperti ikan, udang dan sotong yang boleh dibeli terus daripada nelayan yang berlabuh di tepi pantai setiap awal pagi mahupun lewat petang.
Tidak hairanlah daerah dan perairan Dungun kini menjadi satu aset pelancongan yang tinggi dan tidak ternilai kerana ia diiktirafkan antara lokasi terbaik aktiviti memancing, perlumbaan bot laju serta aktiviti air lain. Pantainya masih belum tercemar manakala pasirnya bereana keemasan dan putih bersih.
Kalau dulu Rantau Abang yang terkenal dengan pendaratan penyu. Selain Teluk Bidara dan Teluk Lipat yang lokasi memancing pantai terbaik di Semenanjung. Tidak hairanlah, setiap hujung minggu ada saja pertandingan memancing yang dianjurkan penduduk tempatan, agensi kerajaan ataupun syarikat luar.
Menurut pemancing dan nelayan tempatan musim ikan paling banyak ialah selepas tengkujuh iaitu antara Mac hingga Oktober. Ikan gred A seperti tenggiri, gerung belang, kerapu, kaci, gelama papan, pari dan ebek menghuni perairannya.
Antara lubuk yang dikatakan tumpuan tenggiri termasuk Lubuk Karang Tanjung, Batu Mat Ali, Kapal Kain, Karang Berolok, Batu Mega, Batu Kuing, Terbit Api, Rabong, Karang Reba, Karang Jara, Batu Bubu, Kapal Jara, Batu Lintang, Batu Aya, Kapal TV dan Mat Rodat.
Kebanyakan lubuk tenggiri berada di sekitar Pulau Tenggol yang jaraknya kira-kira 20 batu nautika dari Jeti LKIM Kuala Dungun dan kemudahan bot untuk disewa pemancing menjadikan perairan ini sering menjadikan tempat mereka melepaskan gian memenuhi hobi berkenaan.
Malah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Zainal Abidin Hussin, yang ditemui ketika GP Joran Dungun baru-baru ini, mengesyorkan supaya dianjurkan pertandingan memancing tenggiri bertaraf antarabangsa khusus untuk memancing tenggiri Dungun. Cadangan itu dilihat dapat menaikkan nama Dungun sebaris dengan Rompin yang terkenal dengan Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) yang masuk tahun keempat penganjurannya.
Beliau mencadangkan pertandingan antarabangsa tenggiri menggunakan kaedah tradisional iaitu menghanyut umpan atau apungan belon. Tidak kurang juga menunda menggunakan gewang memandangkan ikan plagik ini amat agresif melihat benda yang bergerak di air lalu menyambarnya.
Perairannya yang berpasir, menjadikan ia amat sesuai untuk sotong bertelur antara April hingga Ogos. Peluang ini diambil sebaik mungkin penduduk kampung dan pelancong luar untuk mencandat sotong yang bagaikan satu pesta dengan layaknya. Inisiatif kerajaan negeri mengisytiharkan sepanjang tempoh itu sebagai pesta mencandat dan menjadikannya sebagai acara tahunan, nyata mendapat sambutan pengunjung termasuk pelancong asing yang turut serta mengambil bahagian.
|
|
| lain-lain artikel |
- Pekan, Sedili, Dungun syurga pancing 2008
- Husin, Zuraidi pandu pulang Perodua ViVA
- Selongkar Unjam Laut di perairan Nyireh
- Ebek dari belakang Tenggol
- Tiga tenggiri sapu RM24,000
- GP Joran beri kesan positif kepada pelancongan
- Kelah Tasik Kenyir jadi produk pelancongan
- Bernazar botakkan kepala, puasa dimakbul
- Ikan doktor rawat kulit
- 60 bot, 4,500 aksesori dipamer 11 hari
- 60 merah, kerapu Sarawak serah diri
- Peserta Terengganu kuasai 'Monica Bay'
- Jenahak kuasai carta, kerapu juara
- Pesta senohong di gelanggang GP
- Buru jenahak emas dalam lubang selat
- Bertandang ke lubuk bertuah
- Mohd Razali pemancing pertama menang RM15,000
- Peluang terbuka pancing ikan gred A
- Tebal pipi Tanjung Siang
- Pulau Banding syurga pemancing
- Kerapu bara, kara baham lumahan
- Buru ikan minyak, GT di Takarewataya
- Ekspedisi tumpaskan 101 merah
- Jagoan Pantai Puteri
- Ketumbang Sarawak
- Udang pasar pikat senohong Pulau Angsa
- Gerepoh Batu Kapas
- Kelah merah bertapa di Lata Papan
- Kertang serah diri di lubuk Nailookmee
- Kenduri ibu kerisi Koh Adang
|
|