Joran

Joran » MukaDepan

Si belang, ebek dari Kelong Ah Yu

Oleh Osman Lisut

KELONG Ah Yu yang memberi kedamaian kepada pengunjung.
KELONG Ah Yu yang memberi kedamaian kepada pengunjung.

MERSING: Cerita rakan mengenai kehebatan pelbagai spesies ikan di kelong Ah Yu, Pulau Sibu membakar semangat Geng Shah Alam Angler’s untuk mengujinya.

MERSING: Cerita rakan mengenai kehebatan pelbagai spesies ikan di kelong Ah Yu, Pulau Sibu membakar semangat Geng Shah Alam Angler’s untuk mengujinya.

Ditambah pula cerita terbaru mengenai tangkapan seorang rakan iaitu seekor gerong belang seberat 8 kilogram (kg) bulan lalu, membuatkan mereka semakin teruja. Selepas sepakat, trip diketuai Abdul Hadi Amran bersama Farid Othman, Muhd Zakri, Shahurin Abdul Halim, Ahmad Shobirin, Mohd Shuib, Mohd Nizam Ahmad dan jurugambar bertandang ke sini 23 Jun lalu dengan masing-masing memasang impian memperoleh tangkapan lumayan.

Perjalanan lima jam dari Shah Alam ke Kluang tidak terasa kerana masing-masing tidak sabar menanti saat joran diragut ikan.


Sebaik saja tiba di Jeti Tanjung Leman kira-kira jam 6.30 pagi, tekong bot sudah sedia menanti dengan umpan sotong dan udang hidup yang awal-awal siap ditempah. Hanya sotong dan ikan segar dibeli di pasar berhampiran sebagai tambahan umpan sedia ada memandangkan trip memancing tiga hari dua malam.

Kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot, mula kelihatan kelong Ah Yu. Apa lagi, melonjak kegembiraan Geng Shah Alam Angler’s kerana hasrat memancing di atas kelong akhirnya termakbul.

Selepas meletakkan barang masing ke dalam bilik, mereka segera mengeluarkan apollo untuk memancing selar dan kembung. Hasilnya, hampir satu tong Coleman dipenuhi spesies berkenaan.

Muhd Zukri memasang umpan hidup, dengan teknik apungan menggunakan belon. Ia dilepaskan hampir 30 meter dan tidak sampai 10 minit umpan disambar kekacang sederhana saiznya.

Satu lagi belon dilepaskan. Tidak sampai 5 minit, ia meletup menandakan umpan kembung hidup disambar. Selepas beraksi hampir 7 minit, seekor alu-alu seberat 5 kg tumpas.

Menjelang senja, mereka menggunakan umpan sotong hidup dan hasilnya seekor gerong belang seberat 7 kg didaratkan Abdul Hadi. Apa lagi, ramai menukar umpan dan teknik memancing dasar, hasilnya Mohd Nizam, Farid dan Muhd Zakri berjaya menundukkan gerong belang yang hampir sama saiznya.

Tepat waktunya, pengusaha kelong Ah Yu membawa juadah makan malam kepada pemancing. Mereka dilayan dengan baik tanpa perlu ke dapur.

Memancing waktu malam amat menyeronokkan. Sambil memancing, mereka menonton siaran Astro sambil menikmati kopi panas dan biskut. Boleh dikatakan 24 jam pengunjung tidak jemu-jemu dihidangkan pelbagai makanan.

Pada malamnya, giliran ebek mencabar kaki pancing apabila habis tali di gelendung akibat ditarik rakus. Boleh dikatakan setiap kali ikan berkenaan meragut umpan ia akan tersangkut pada tiang kelong.

Bagaimanapun, ada juga ebek didaratkan. Mohd Yusni dan Shahurin antara yang berjaya menaikkan ikan yang beratnya antara 4 hingga 6 kg.

carian artikel
lain-lain artikel
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
© Hak cipta terpelihara 2009 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.