Joran

Joran » MukaDepan

Melaka promosi pelancongan sukan

Oleh Osman Lisut

KUALA LUMPUR: Kerajaan Melaka menyenaraikan Karnival Memancing Pra-GP Joran 2010 sebagai acara mengisi kategori Pelancongan Sukan dalam kalendar pelancongan negeri itu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pra-GP Joran dipilih sebagai platform

KUALA LUMPUR: Kerajaan Melaka menyenaraikan Karnival Memancing Pra-GP Joran 2010 sebagai acara mengisi kategori Pelancongan Sukan dalam kalendar pelancongan negeri itu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali berkata, Karnival Memancing Pra-GP Joran 2010 yang akan diadakan di Pantai Puteri, 28 Februari ini, disifatkan suatu bentuk acara sukan kerana membabitkan pertandingan, memilih pemenang, menawarkan hadiah serta dikendalikan secara bersiri di beberapa lokasi di seluruh negara.

Walaupun Pra-GP Joran bukanlah sukan seperti bola sepak, golf mahupun lumba kereta, namun kerajaan optimis kerana acara ini sentiasa mendapat sambutan hangat berdasarkan hadiah yang ditawarkan. Seperti sukan lain yang mempunyai peraturan dan undang-undang untuk mencari pemenang, ia tidak terkecuali dengan pertandingan memancing ini.


Jadi, kerajaan negeri berpendapat karnival seperti ini boleh ditakrifkan sebagai sukan dan usaha giat dijalankan bagi mempromosikan Karnival Memancing Pra-GP Joran 2010. Tambahan pula, sebagai negeri berasaskan pelancongan, tidak menjadi masalah Karnival Pra-GP Joran dimasukkan sebagai acara utama negeri, katanya kepada Joran.

Karnival Memancing Pra-GP Joran 2010 adalah kali ke-10 dianjurkan di Pantai Puteri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Kali ini, penganjur menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM46,500 serta pelbagai perkakasan memancing, barangan elektrik, motosikal dan hamper

Pertandingan ini dianggap sebagai pemanas badan serta memberi peluang kepada peserta mengutip 20 mata bonus sebelum mengharungi cabaran GP Joran tahun ini.

Juara Pra-GP Joran akan membawa pulang RM20,000, iaitu meningkat RM5,000 berbanding sebelumnya. Naib juara bakal memenangi RM10,000; tempat kedua (RM5,000) dan tempat keempat (RM1,000). Penganjur juga menaikkan hadiah wang tunai untuk tempat kelima hingga ke-10. Hadiah untuk pemenang masih dikekalkan hingga tempat ke-40.

Pemenang tempat ke-31 hingga ke-40 juga memenangi hamper dan peralatan memancing sumbangan penaja. Sebuah motosikal Modenas Kriss juga disediakan sebagai hadiah utama cabutan bertuah selain pelbagai barangan elektrik.

Untuk menyertainya, peserta dikenakan bayaran RM100 untuk satu joran dan penganjur menyediakan hanya 1,500 kemeja-T bercetak khas pertandingan.

Bagi memeriahkan karnival, beberapa penaja seperti TCE Takcles, Bernas, Adabi, UFL Coleman, Hot Perfume, Gardenia, Raudhah dan Noraini's Cookies akan mempamerkan produk terkini mereka.

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan memancing Pra-GP Joran, hubungi Unit Joran 03-22822323 sambungan 4240/4241/4242.

carian artikel
lain-lain artikel
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
© Hak cipta terpelihara 2009 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.