Kisah Mamat yang tamak kaut sotong
POK Hing minta maaf kerana sudah beberapa minggu tidak dapat menulis. Ramai pemancing bertanya ke mana pergi Pok Hing dan tidak menulis sehingga ada yang naik bengang kerana Sally terus bermaharajalela. Sudahlah dia terus-terusan menghina pemancing ditambah pula dia memperlekehkan rakan Pok Hing kononnya opah dia pun boleh menang memancing. Dia nak tunjuk betapa wanita boleh mengalahkan lelaki dalam apa saja bidang.
Itu baru seorang atau dua saja yang menang belum lagi jadi juara atau menang Grand Slam yang membawa pulang kereta atau hadiah besar lain. Nanti entah apa lagi pemancing kena perli dan seperti biasa dia akan meletakkan kaum sejenisnya macam Presiden Bush hebatnya.
Kepada pemancing sekalian, jangan layan sangat si Sally. Kita sudah tahu perangainya yang asyik nak cari salah pemancing. Kalau tak ada salah pun dia kata yang betul pun tetap salah juga.
Minggu ini, Pok Hing bercerita satu kisah sikap tamak dan tidak menghargai rakan sekumpulan yang datang bersama atau berada dalam bot yang sama, memancing bersama dan pulang bersama. Tetapi apabila berada dapat hasil dijual tanpa mempelawa atau membahagikan kepada rakan sekumpulan sehingga kawan dan tekong menelan air liur.
Kisah ini berlaku baru-baru ini sekumpulan pemancing dari ibu kota datang ke Terengganu untuk mencandat sotong. Mereka menyewa satu bot dengan dibiayai secara bersama. Disebabkan mereka tidak begitu arif dengan laut, kumpulan berkenaan mengajak seorang rakan Mamat (bukan nama sebenar) dari Terengganu untuk turut serta. Maklum sajalah orang Terengganu memang arif dengan laut.
Sudah semestinya apabila berada di laut, Mamat memang banyak dapat sotong sehingga dua tong ikan besar penuh dengan pelbagai jenis dan saiz sotong dari Laut China Selatan itu. Ketika pulang di pangkalan Mamat dengan muka selamba menurunkan dua tong sotong dan menjualnya kepada peraih yang sedang menunggu. Sedangkan dalam masa sama, rakan yang lain dari ibu kota terkulat-kulat melihat gelagat Mamat. Nasib baik rakannya dari ibu kota itu dapat juga lebih kurang tiga kilogram seorang dan bolehlah buat ubat penenang geram.
Bagi Pok Hing, inilah sikap tamak dan tidak berhemah yang tidak seharusnya wujud dalam diri seorang pemancing apatah lagi dia dari Terengganu dan mahir memancing di laut. Setiap hari, mereka boleh ke laut kerana kawasan memancing dekat dengan rumah. Orang kota tentu berada jauh dan hanya memerlukan masa dan sumber kewangan yang cukup untuk datang mencandat sotong sekadar untuk.
|
|