Joran

Joran » PokMud

Jenis ikan di pesisir pantai



SOAL: Apakah ikan yang menghuni pesisiran pantai serta dietnya? Bagaimana pula panjang joran dan kekili yang sesuai digunakan sama ada jenis multiplier atau jenis terbuka?

SOAL: Apakah ikan yang menghuni pesisiran pantai serta dietnya? Bagaimana pula panjang joran dan kekili yang sesuai digunakan sama ada jenis multiplier atau jenis terbuka?

USOP, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

JAWAB:
Ikan pari boleh diandaikan spesies terbesar mendiami kawasan pesisiran pantai, manakala ikan lumrah lain ialah bebolos, gelama papan, tetuka, todak, daun baru dan gerong belang yang mendiami pantai berpasir manakala pantai berlumpur pula duri, belukang, sembilang dan gelama pasti mendominasi tangkapan. Semua ikan yang disebutkan boleh dipancing menggunakan umpan udang, perumpun, sotong dan hirisan ikan. Panjang joran dan kekili seperti yang dijawab minggu lalu.

carian artikel
lain-lain artikel
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
© Hak cipta terpelihara 2009 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.