Joran

Joran » PokMud

Umpan untuk pelbagai jenis ikan



Apakah umpan sesuai untuk ikan kuku, semilang, kelah, toman, belida, jenahak, sepat, haruan, belanak, ketutu, baung, keli, tapah, sebarau.

SOAL: Apakah umpan sesuai untuk ikan kuku, semilang, kelah, toman, belida, jenahak, sepat, haruan, belanak, ketutu, baung, keli, tapah, sebarau.

Soalan terkumpul daripada pemancing

JAWAB: Saya huraikan secara ringkas mengikut senarai dan pilihan kaki pancing. Umpan yang diterangkan adalah merujuk kepada umpan biasa (kaedah tradisional) tanpa menyentuh pengunaan atau umpan tiruan. Untuk udang galah umpan yang sesuai ialah perumpun, anak udang beras, anak ikan guppy, isi ikan, hati dan jantung ayam, isi remis, isi kerang, adunan dedak campur belacan. Kuku (ketam angin, anak ketam pasir, udang sungai, udang kayu, udang kantong, roti canai, ayam goreng). Semilang (Udang sama ada hidup dan mati lintah sungai, perumpun, sotong kurita, isi ikan, ikan belanak, bebolos, isi siput, anak ketam. Kelah (kelapa sawit peram, buah merih, udang sungai, buah nerang). Toman (anak ikan hidup lampan, tengas, sebarau, keli), belida (ikan anak ikan hidup seperti parang, terbul, tengas, talapia susur batang). Jenahak (udang hidup, cumit hidup, udang lipan, sotong kurita, belanak, anak gelama, anak bebolos, perumpun, hirisan isi ikan segar). Sepat (lumut, cacing kecil, telur kerengga, nasi). Haruan (katak, anak ikan, udang sungai, cacing, belalang, cengkerik). Belanak/tamok/andeng (roti yang digumpal kecil). Ketutu (anak ikan, hirisan / ketulan isi ikan, udang sungai). Baung (umpan peram, ulat lundi, udang sungai, isi ikan, cacing, dedak, perut, usus atau hati ayam). Keli (cacing, cengkerik, udang sawah). Tapah (hampir semua anak ikan sungai, anak keli, udang galah, ulat lundi). Sebarau (anak seluang atau ikan parang kedai akuarium, tebal sisik, anak lampan, anak terbul, anak ikan tengas, udang sungai).

carian artikel
lain-lain artikel
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
© Hak cipta terpelihara 2009 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.