Umpan tiruan bergantung kepada spesies
SOAL: 1 - Apakah petua menggunakan umpan tiruan, jenis terapung dan tenggelam mana lebih bagus, kecil dan besar mana yang elok. Antara umpan tiruan, udang hidup dan perumpun yang mana lebih bagus memancing ikan merah atau kerapu.
SOAL:
1 - Apakah petua menggunakan umpan tiruan, jenis terapung dan tenggelam mana lebih bagus, kecil dan besar mana yang elok. Antara umpan tiruan, udang hidup dan perumpun yang mana lebih bagus memancing ikan merah atau kerapu.
2 - Waktu yang paling sesuai memancing sama ada semasa air surut atau air pasang.
3 - Adakah perambut perlu panjang untuk memancing kerapu.
4 - Adakah perlu pelampung untuk memancing siakap.
PEMANCING UTARA
JAWAB:
1 - Petua menggunakan umpan tiruan adalah memahami aksi dan jenis umpan tiruan yang digunakan. Jenis umpan hendaklah bersesuaian dengan padang pacing itu sendiri. Kalau kawasan reba jenis terapung mengurangkan tersangkut pada reba. Jangan guna jenis selaman di kawasan bereba atau kawasan air cetek. Penggunaan umpan tiruan bergantung kepada spesies ikan yang di buru, keadaan jenis pancing dan kedalaman air. Sama ada jenis terapung (floating) atau tenggelam (sinking) kedua-duanya tetap bagus jika dipadankan dengan keadaan dan suasana yang sesuai. Saiz umpan tiruan turut berkait rapat dengan jenis ikan. Saiz kecil lebih praktikal dibanding saiz besar. Jika terlalu kecil boleh menggugat lontaran. Saiz sederhana dari 5cm hingga 7cm paling banyak mendapat tempat dikalangan peminat casting. Umpan tiruan lebih seronok berbanding perumpun kerana setiap sambaran berlaku ketika joran di tangan.
2 - Ada pemancing gemar air pasang dan ada yang gemar air surut. Kalau di kawasan pantai atau memancing dari tebing, air pasang lebih sesuai. Namun begitu surut atau pasang air tidak begitu memberi kesan terhadap waktu memancing. Yang penting kita perlu berada di lokasi yang ada ikan menggunakan umpan yang betul.
3 - Kerapu tidak memilih perambut panjang. Apa yang penting umpan dilabuhkan di tempatnya. Teknik apollo (perambut pendek) dan teknik tanduk (perambut panjang) turut dihentam kerapu.
4 - Pelampung boleh membantu pemancing memastikan umpan berada di permukaan air sepanjang masa. Hanya sesuai kawasan tertentu saja. Kalau air terlalu cetek atau gigi air umpamanya tidak perlu pelampung.
|