Joran

Joran » Tekong

Pok Par ramah di Tasik Kenyir

Oleh Helmi Hamzah

MUSTAFFA Sulaiman, 56, anak kelahiran Kuala Terengganu menganggap Tasik Kenyir di Hulu Terengganu, adalah lubuk rezeki baginya untuk membiayai keluarga.

MUSTAFFA Sulaiman (gambar), 56, anak kelahiran Kuala Terengganu menganggap Tasik Kenyir di Hulu Terengganu, adalah lubuk rezeki baginya untuk membiayai keluarga.

Mempunyai bot rumah rakit sendiri yang lengkap dengan bilik mandi, tandas, dapur dan bilik tidur yang selesa beliau tidak putus-putus membawa kaki pancing ke lubuk yang sudah dikenal pasti bagi memerangkap toman, belida, kejor, bujuk, baung, kelah, tengas, sebarau, lampam dan banyak lagi spesies ikan yang menghuni di tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara itu.

Beliau juga terkenal dengan kebolehan memasak pelbagai hidangan lazat daripada hasil tangkapan termasuk ikan masak tempoyak yang sering menjadi ingatan kepada pengunjung manakala rumah rakitnya turut dilengkapi dengan siaran televisyen satelit.


Tekong Mustaffa atau lebih dikenali dengan Pok Par, mempunyai pengalaman luas di kawasan tasik berkenaan dan mempunyai beberapa tempat rahsia untuk memberi kepuasan kepada kaki pancing yang dibawanya.

Beliau juga sering membawa pelancong luar dan dalam negeri untuk menikmati pemandangan di sekitar tasik yang tentunya membawa kenangan manis untuk dibawa pulang.

Tasik Kenyir tetap kaya dan terus berbakti kepada masyarakat tempatan yang menyara hidup melalui rezeki khazanah yang tersembunyi di dasar mahu pun di permukaan yang tenang itu.

Pok Par yang juga pesara Penguatkuasa Jabatan Perhilitan, disifatkan sebagai seorang yang peramah dan mesra dengan pelanggannya tidak pernah duduk diam semasa botnya sudah berlabuh di lokasi yang sudah disediakan dan di lokasi ini pemancing mula menjalankan aktiviti di bahagian belakang bot yang luas lagi selesa, sambil itu hidangan minuman panas dan sejuk disajikan.

Bagaimanapun, pengunjung mempunyai pilihan sama ada ingin memasak sendiri ataupun menggunakan khidmat Pok Par untuk memasak. Tiada masa terhad untuk memancing di Tasik Kenyir kerana tiada air pasang dan surut di lokasi tersebut, pancinglah sepuas mana yang terdaya.

Untuk mendapat gambaran lebih jelas serta menikmati panorama sambil memancing bersama Pok Par yang murah senyuman itu boleh menghubungi di talian telefon: 019-9625835 atau 017-9844355.

carian artikel
lain-lain artikel
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
© Hak cipta terpelihara 2009 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.