Selasa, 18 Julai 2017 | 7:51am
MANGSA, Shaari Sulaiman, 50, tercampak di lokasi kemalangan di Kilometer 53, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Chalok Barat, Setiu, malam tadi.

Penunggang motosikal maut nahas

PERMAISURI: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas bertembung dengan sebuah PROTON Exora lain di Kilometer 53, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Chalok Barat, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Shaari Sulaiman, 50, yang berasal dari Kemaman dan menunggang motosikal jenis BMW R1200RT meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris, berkata siasatan awal mendapati pemandu kereta PROTON Exora yang datang dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu dipercayai memotong sebuah kereta PERODUA Kancil di garisan berkembar, sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal itu.


MANGSA, Shaari Sulaiman.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa yang menunggang seorang diri dari arah bertentangan tercampak di atas jalan raya.

"Akibat perlanggaran itu motosikal berkenaan terseret ke sebelah kanan jalan dan kemalangan menyebabkan penunggang motosikal maut di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

3096 dibaca
Berita Harian X