Selasa, 25 Julai 2017 | 8:39pm

STAGG tahan 764 orang, gempur sindiket judi, maksiat

KUALA LUMPUR: Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat Judi dan Gangsterisme (STAGG) menumpaskan sindiket perjudian dan maksiat di seluruh negara dengan menahan 764 individu sepanjang minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata daripada jumlah itu, 479 individu terbabit dengan kegiatan judi, manakala 285 individu adalah gadis pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut.

"Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tkap 479 org dan rampas 1757 comp. #GoPDRMGo.

"Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tkap 285 org GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo," katanya menerusi laman Twitter miliknya, sebentar tadi.

Khalid berkata, sebanyak 1,757 unit komputer yang dijadikan mesin judi turut dirampas oleh STAGG.

Beliau turut memuat naik beberapa keping gambar berkaitan serbuan yang dilakukan oleh STAGG sepanjang minggu lalu.

396 dibaca
Berita Harian X