Sabtu, 12 Ogos 2017 | 7:00pm
KEMALANGAN maut membabitkan dua lelaki termasuk seorang daripadanya anak kepada ADUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar di Lebuh Raya Changlun-Jitra berhampiran Kampung Bendang Perang di Jitra, petang tadi - Pix Ihsan Bomba Kedah
EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah, Datuk Aminuddin Omar (tiga dari kanan) ketika melihat jenazah anaknya Irfan serta Wan Khuzairi Wan Cik yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 12.7, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kampung Bendang Perang,Changlun. - Foto Ihsan Pembaca

Anak ADUN Jitra, rakan maut kemalangan


KEMALANGAN maut membabitkan dua lelaki termasuk seorang daripadanya anak kepada ADUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar di Lebuh Raya Changlun-Jitra berhampiran Kampung Bendang Perang di Jitra, petang tadi - Pix Ihsan Bomba Kedah

JITRA: Dua maut termasuk seorang daripadanya anak lelaki kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Aminuddin Omar, selepas kereta yang mereka naiki terbabit kemalangan petang tadi.

Irfan Aminuddin, 20, bersama rakannya, Wan Khuzairi Wan Chik, 27, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit dalam dalam Toyota Hilux dinaiki.

Kemalangan jam 4.30 petang di Kilometer 12.7 Lebuhraya Changlun-Jitra berhampiran Kampung Bendang Perang di sini berlaku apabila Toyota Hilux terbabit dikatakan terbabas dan merempuh pokok.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 4.30 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba dua mangsa didapati tersepit di dalam pacuan empat roda yang remuk, sebelum kedua-dua mereka dikeluarkan.

"Kedua-dua mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

8226 dibaca
Berita Harian X