Isnin, 4 September 2017 | 3:28pm
SEORANG daripada tiga maut akibat tersepit selepas kereta Perodua Axia dinaiki terbabas sendiri sebelum merempuh sebatang pokok berhampiran pekan Penampang Baru, Jalan Penampang-Kota Kinabalu. - Foto Mohd Ruzaimi Zulkepli

1 maut kereta rempuh pokok

PENAMPANG: Seorang lelaki maut apabila kereta PERODUA Axia yang dinaiki bersama dua rakannya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Penampang-Kota Kinabalu, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 20 tahun, dari Taman Keramat, Kota Kinabalu, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua rakannya, termasuk pemandu Axia, hanya cedera ringan.

Mangsa yang dipercayai duduk di bahagian penumpang hadapan itu tersepit dan dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (QEH) yang dikejarkan ke tempat kejadian.

"Dua lagi rakan mangsa dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital," katanya, di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

509 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »