Khamis, 14 September 2017 | 1:09am
Polis Daerah Subang Jaya meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan kemalangan maut di Kilometer (KM) 2.8 Lebuh Pantai Baru (NPE), tengah hari semalam untuk tampil membantu siasatan kes itu.

Polis cari saksi kemalangan maut

SUBANG JAYA: Orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kemalangan maut di Kilometer (KM) 2.8 Lebuh Pantai Baru (NPE), tengah hari semalam diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata kemalangan jam 1.44 tengah hari itu membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 nombor pendaftaran BMM1294 dengan sebuah kenderaan tidak dikenal pasti.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, Che Amrol bin Abu Bakar,32, berasal dari Dungun, Terengganu yang menunggang dari arah Petaling Jaya menuju Subang Jaya dipercayai dilanggar dari arah belakang.


Polis Daerah Subang Jaya meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan kemalangan maut di Kilometer (KM) 2.8 Lebuh Pantai Baru (NPE), tengah hari semalam untuk tampil membantu siasatan kes itu.

"Perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke pembahagi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan perut.

"Siasatan di lokasi mendapati, cuaca baik dan aliran trafik juga lancar.

"Tiada saksi bebas yang melihat kejadian. Terdapat kamera litar tertutup berhampiran lokasi kejadian tetapi tidak berfungsi," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, usaha mengesan kenderaan yang melanggar mangsa masih diteruskan justeru, mereka yang mempunyai maklumat atau terlihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627093 atau pegawai penyiasat Inspektor Mohd Qushairi Ramli di talian 017-4339194.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Polis Daerah Subang Jaya meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan kemalangan maut di Kilometer (KM) 2.8 Lebuh Pantai Baru (NPE), tengah hari semalam untuk tampil membantu siasatan kes itu.

9961 dibaca
Berita Harian X