Jumaat, 13 Oktober 2017 | 4:27pm

Pegawai Penerangan KM Pulau Pinang ditahan

BUKIT MERTAJAM: Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin, ditahan polis petang tadi, dipercayai bagi membantu siasatan kes menghina sultan.

Wan Ji yang juga penceramah dan aktivis Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan jam 2.40 petang di perkarangan Masjid Sembilang, Seberang Jaya, selepas menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sama.

Wan Ji kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah bagi disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Sebelum ini, Jawatankuasa Surau Muhammad Al-Fateh, Taman Pauh Jaya di sini, membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja menerusi ceramahnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik ketika dihubungi mengesahkan penahanan Wan Ji dengan permohonan reman ke atasnya akan dibuat di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, esok.

1663 dibaca
PEGAWAI Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin ditahan oleh sepasukan anggota polis di luar Masjid Sembilang, Seberang Jaya di sini.
Berita Harian X