Jumaat, 13 Oktober 2017 | 7:09pm
KERETA mangsa terbabas ke parit di Jalan BuKit Kuching Tengah Jeram, hari ini. - Foto ihsan bomba

Wanita maut kereta jatuh parit

KUALA SELANGOR: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas ke parit di Jalan Bukit Kuching Tengah, Jeram, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.45 pagi, sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dihantar ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak bomba terus mencari pemandu kereta ini namun didapati tiada di dalam kereta.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa, Noorrazian Jaafar yang berusia 46 tahun itu sudah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan," katanya di sini.

Beliau berkata, mangsa beralamat di Kampung Razali Haji Omar, Kampung Bukit Cerakah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

4422 dibaca
Berita Harian X