Sabtu, 21 Oktober 2017 | 12:31pm

15 pekerja binaan tertimbus

GEORGETOWN: Sekurang-kurangnya 15 buruh binaan tertimbus, dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian itu, dua lagi pekerja berjaya diselamatkan.

Jurucakap Pusat Gerakan dan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.57 pagi dan sampai di lokasi kejadian 15 minit kemudian. 

"Sekurang-kurangnya 15  mangsa dipercayai tertimbus, manakala dua berjaya diselamatkan.

"Kecerunan tanah dianggarkan setinggi 10 meter. Kita sudah memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya. 

Seramai 30 anggota bomba dari Balai Jalan Perak, Paya Terubong dan Bandar Perda berada di lokasi ketika ini.

Difahamkan, identiti mereka yang tertimbus masih belum dikenal pasti.

5578 dibaca
Anggota penyelamat berusaha mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh dalam kejadian di tapak pembinaan Lembah Permai, Tanjung Bungah. Laporan awal dipercayai lebih 15 mangsa terperangkap dalam kejadian itu. - Foto Danial Saad

Anggota penyelamat berusaha mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh dalam kejadian di tapak pembinaan Lembah Permai, Tanjung Bungah. Laporan awal dipercayai lebih 15 mangsa terperangkap dalam kejadian itu. - Foto ihsan APM

Berita Harian X