Selasa, 14 November 2017 | 7:57pm
MAYAT mangsa lemas ditemui di perairan Pulau Puru-Puru, di Beluran.- Foto ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan
MAYAT mangsa lemas ditemui di perairan Pulau Puru-Puru, di Beluran.- Foto ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan

Lelaki lemas di Pulau Puru-Puru

BELURAN: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan lemas, ditemui di perairan Pulau Puru-Puru, dekat sini, tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Almar, 30-an, ditemui nelayan yang berada di perairan itu kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menerima panggilan mengenai kejadian mangsa lemas di pulau itu pada jam 8.20 pagi tadi.

Katanya, operasi mencari dilancarkan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sandakan serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menggunakan sebuat bot pada jam 12.37 tengah hari susulan jarak pulau yang jauh.

"Mangsa dijumpai sejam kemudian oleh nelayan," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Anddre berkata, anggota penyelamat tiba di jeti Beluran jam 6 petang tadi dan mayat mangsa diserahkan kepada polis.

190 dibaca
Berita Harian X