Khamis, 11 Januari 2018 | 8:27pm
ANGGOTA bomba meninjau kawasan yang dilanda banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat. - Foto Ahmad Ismail

Mangsa banjir Segamat, Mersing meningkat

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing mencatatkan sedikit peningkatan apabila seramai 95 orang daripada 26 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 6.45 petang tadi, dua PPS di Segamat menempatkan 51 mangsa daripada 14 keluarga, manakala dua PPS di Mersing menempatkan 44 mangsa daripada 12 keluarga.

"Di Segamat, seramai 41 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak dan 10 orang daripada dua keluarga pula ditempatkan di Balai Raya Kampung Pogoh Tengah.

"Di Mersing, seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Tenglu Besar dan 10 orang daripada empat keluarga pula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Air Papan," katanya.

1311 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »