Isnin, 16 April 2018 | 7:21pm
Lembu yang diselamatkan oleh anggota bomba selepas terjatuh dalam longkang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit. - Foto ihsan Bomba

Bomba keluarkan lembu tersepit

PARIT: Anggota bomba menyelamatkan seekor lembu yang terperangkap dalam longkang berhampiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Parit, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.05 petang itu, haiwan itu terperosok ke dalam longkang sedalam 1.2 meter.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Salleh Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.20 petang.

"Tujuh anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian dan tindakan menyelamat haiwan itu dilakukan.


Lembu yang diselamatkan oleh anggota bomba selepas terjatuh dalam longkang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit. - Foto ihsan Bomba

"Kita turut mendapat kerjasama daripada orang awam yang menggunakan jengkaut bagi menarik keluar lembu menggunakan tali khas," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Salleh berkata, selepas dikeluarkan, lembu itu dalam keadaan lemah dan hanya mampu berjalan ke kawasan hutan berhampiran kira-kira 15 minit selepas dikeluarkan.

829 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »