Jumaat, 12 Oktober 2018 | 6:21pm

Bapa dipenjara 40 tahun, 24 sebatan

KUALA LUMPUR: "Hanya kamu yang tahu apa sebenarnya berlaku. Haiwan pun tidak akan buat perbuatan kamu," kata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika menjatuhkan hukuman terhadap seorang ejen unit amanah atas kesalahan merogol, meliwat, melakukan sentuhan dan penganiayaan seksual terhadap anak kandungannya berusia 16 tahun.

Hakim Azman menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu yang mengaku bersalah atas 623 pertuduhan rogol, liwat, sentuhan dan penganiyaan seksual terhadap anaknya.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan tertuduh untuk mengurangkan hukuman yang sebelum ini dijatuhi oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, terhadap tertuduh.

Tertuduh merayu terhadap keputusan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya yang menjatuhkan hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan atas semua pertuduhan.

Hukuman bagi rogol berjalan secara berasingan dengan pertuduhan yang lain.

Tertuduh merayu terhadap keputusan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya yang menjatuhkan hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan atas semua pertuduhan.

Sebelum ini tertuduh dijatuhi hukuman penjara 28 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan merogol, bagi pertuduhan meliwat, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan penganiayaan seks daripada 15 tahun kepada 10 tahun manakala bagi kes kesalahan sentuhan seksual daripada 20 tahun menjadi 10 tahun.

Dalam keputusannya, Hakim Azman berkata, setiap hukuman kepada tertuduh mempunyai hukuman sebat bagaimanapun mengikut peraturan penjara, sebat hanya dibenarkan sebanyak 24 kali.

"Berhubung permohonan kamu mahu tuduhan dibacakan semula, mahkamah mendapati pertuduhan itu boleh difahami walaupun tiada peguam. Tidak menjadi kesalahan untuk kamu mengaku salah tanpa kehadiran peguam kerana ini bukan membabitkan hukuman mati.

"Pengakuan salah kamu sendiri mengelakkan anak kamu memberi keterangan dan ia akan mendedahkan apa sebenarnya berlaku seperti dalam setiap pertuduhan. Bertaubatlah. Jika kamu rasa kamu tidak buat , bergantunglah kepada kamu," katanya.

Beliau berkata, hukuman yang dijatuhi hari ini hanyalah berdasarkan apa yang terkandung dalam undang-undang.

"Di hati kecil kamu, hanya kamu yang tahu apa sebenarnya berlaku. Hanya kamu yang tahu apa kecederaan yang berlaku pada anak itu.

"Ini satu perbuatan yang boleh saya katakan haiwan pun tidak akan buat perbuatan ini. Perbuatan ini hanya antara kamu dan tuhan sahaja yang tahu," katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Samin manakala tertuduh diwakili peguam Tiu Foo Woei dan N Rajesh daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)

Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah merogol, meliwat dan penganiayaan seksual terhadap anak perempuannya.

Hakim Yong Zarida Sazali memerintahkan dia menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap pada 26 Julai 2017.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun dan mengikuti pengawasan polis selama tiga tahun selepas keluar penjara.

Kes itu mendapat perhatian awam apabila lelaki itu didakwa atas 623 kesalahan, termasuk satu kes rogol, 591 kesalahan liwat dan 30 tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuannya serta satu kes penganiayaan seksual.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di bilik tidur rumahnya di Sungai Way, Petaling Jaya sejak Januari hingga Julai tahun lalu.

Bagi semua pertuduhan meliwat, dia dituduh melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap anak perempuannya pada Januari hingga

478 dibaca
Berita Harian X