Rabu, 13 September 2017 | 7:57pm
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat, kiri) mengaminkan doa sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu lewat petang ini sempena lawatan kerja beliau ke Bahagian Sibu. Turut hadir (dari kiri) Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-dagang Datuk Seri Wong Soon Koh. - Foto BERNAMA

Zahid tiba di Sarawak untuk lawatan kerja

SIBU:  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini, hari ini untuk mengadakan lawatan kerja ke bandar ini.

Beliau yang menaiki pesawat khas dari Kuala Lumpur mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada jam 6.32 petang tadi.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan timbalannya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Turut bersama, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP), Datuk Seri Wong Soon Koh.


SIBU, 13 Sept -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan para penyokong sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sibu sempena lawatan kerja beliau ke Bahagian Sibu hari ini.Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-dagang Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh.--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dalam lawatan kerja sehari esok, Ahmad Zahid yang diiringi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan memenuhi jadual padat melakukan tinjauan ke empat sekolah di bandar ini.

Beliau akan memulakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rosli Dhoby pada jam 8.45 pagi.

Selepas itu, beliau akan bergegas ke Durin untuk meninjau SMK Durin pula pada jam 10 pagi.

Selepas lawatan di Durin, beliau dijadual meninjau Sekolah Kebangsaan Ulu Salim pada jam 11 pagi.

Jadual lawatan beliau diakhiri dengan tinjauan ke SK Kampung Banyok yang terletak di seberang Sungai Rejang pada jam 12 tengah hari.

Sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur, beliau akan mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Sibu pada jam 1 tengah hari.

376 dibaca
Berita Harian X