Jumaat, 13 Oktober 2017 | 6:46pm
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melawat Cox's Bazar bagi melihat keadaan pelarian Rohingya semasa rangka lawatan kerja dua hari ke Bangladesh mulai Ahad ini..- Foto REUTERS

Zahid lawat Cox's Bazar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melawat Cox's Bazar bagi melihat keadaan pelarian Rohingya semasa rangka lawatan kerja dua hari ke Bangladesh mulai Ahad ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan itu memperlihatkan keprihatinan dan ketegasan Malaysia dalam isu pelarian Rohingya.

Ahmad Zahid akan diiringi isteri, Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Richard Riot; dan pegawai kanan kerajaan, dalam lawatan pertama beliau ke Bangladesh sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2015.

"Timbalan Perdana Menteri dijangka melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Bangladesh dan menteri berkaitan bagi membincangkan kerjasama dua hala dan peluang kerjasama baharu untuk kepentingan bersama.

"Malaysia yakin lawatan itu akan mempereratkan hubungan kerjasama dua hala negara dengan Bangladesh dan isu serantau serta antarabangsa," menurut kenyataan itu.

296 dibaca
Berita Harian X