Rabu, 15 November 2017 | 2:35pm
TIMBALAN Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur. - Foto Khairunisah Lokman

264,352 dapat Bantuan Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Sebanyak 264,352 pekebun kecil dan penoreh getah sudah menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, berkata mereka RM200 sebulan sepanjang tiga bulan bermula bulan ini sehingga Januari tahun depan.

Beliau berkata, permohonan 235,450 pekebun kecil dan penoreh getah masih dalam proses pengurusan.

"Jumlah keseluruhan menyaksikan seramai 499,802 pekebun kecil dan penoreh getah telah mendaftar untuk menerima BMT.

"Pendaftaran BMT dilaksanakan menerusi dua kaedah, membabitkan permohonan dalam talian dan menerusi ketua kampung atau pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

"Buat masa ini kerajaan tidak bercadang menyediakan atau memperkenalkan bantuan lain untuk pekebun kecil dan penoreh getah ketika musim tengkujuh," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Besar) bertanya jumlah pekebun kecil dan penoreh getah yang layak menerima BMT pada tahun ini.

Budiman turut bertanyakan inisiatif selain BMT yang diberikan kepada kumpulan itu sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

122 dibaca
Berita Harian X