Khamis, 7 Disember 2017 | 11:53pm
WAN Khairul Insanuddin (lima dari kiri) dan Ustazah Noorhidayah (empat dari kiri) bersama tenaga pelajar di hadapan Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz, Bangi. - Foto Khairull Azry Bidin
RUANG istirehat dan bacaan di Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz, Bangi. - Foto Khairull Azry Bidin
TANGGA kecemasan di Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz, Bangi. - Foto Khairull Azry Bidin
TANGGA kecemasan di Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz, Bangi. - Foto Khairull Azry Bidin
BILIK tidur pelajar di Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz, Bangi. - Foto Khairull Azry Bidin
BILIK tidur pelajar di Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz, Bangi. - Foto Khairull Azry Bidin
PENGETUA, Ustazah Noorhidayah Bustamam ketika ditemui di Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz, Bangi. - Foto Khairull Azry Bidin
PENGERUSI Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz, Ustaz Wan Khairul Insanuddin Wan Abdul Razak. - Foto Khairull Azry Bidin

Dari kelas mengaji jadi pusat tahfiz

KUALA LUMPUR: Bermula sebagai kelas mengaji biasa, ia kemudian berkembang sehingga menjadi pusat pengajian tahfiz sepenuh masa yang dikenali sebagai Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz (AQFA).

Terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor, ia sebelum itu beroperasi sebagai pusat tahfiz separuh masa dan dikenali dengan nama 'Kafa Tahfiz'.

Diasaskan pada 2013 oleh pasangan suami isteri, Wan Khairul Insanuddin Wan Abdul Razak selaku pengerusi dan Noorhidayah Bustamam sebagai pengetua, AQFA kini yang beroperasi di tiga unit rumah teres dua tingkat dilengkapi kemudahan asrama lelaki, perempuan, bilik kuliah dan pejabat pentadbiran bagi kakitangan serta guru.

Wan Khairul berkata, AQFA dibuka atas permintaan ibu bapa yang bersungguh-sungguh ingin anak mereka mengikuti pengajian tahfiz sepenuh masa.

"Pada mulanya, saya cuma menyediakan kelas tahsin al-Quran dan Kafa Tahfiz khusus bagi pelajar berumur 13 tahun ke atas kerana memikirkan mereka perlu didedahkan dengan pelbagai ilmu agama selepas tamat sekolah rendah.


BILIK kuliah di Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz, Bangi. - Foto Khairull Azry Bidin

"Kelas pengajian itu mendapat sambutan menggalakkan, sehingga ramai ibu bapa yang meminta supaya kami membuka pengajian tahfiz sepenuh masa sehingga tertubuhnya AQFA," katanya dalam satu pertemuan di pejabatnya.

Tiga fasa hafal Quran

Beliau berkata, bagi menjaga kualiti huffaz yang dilahirkan, AQFA menyediakan tiga fasa pembelajaran hafazan al-Quran mengikut keupayaan pelajar.

Pelajar baharu diwajibkan memasuki kelas pemulihan al-Quran bagi menguji serta menilai bacaan termasuk aspek sebutan, tajwid dan kelancaran.

Pelajar yang berjaya melepasi tahap pertama, akan memasuki kelas kelancaran al-Quran iaitu persediaan untuk menghafal al-Quran dengan mengulang bacaan 30 juzuk dan perlu khatam sebanyak 10 kali.

Selepas lulus kedua-dua kelas berkenaan, barulah mereka layak memasuki kelas hafazan al-Quran dengan setiap pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan pemantauan bacaan dilakukan oleh guru masing-masing.

Selain hafazan, pelajar turut diwajibkan mengambil 10 subjek termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi pengajian akademik, manakala selebihnya membabitkan mata pelajaran agama.

Rancang bina kompleks

Wan Khairul berkata, perancangan bagi membuka cawangan kedua AQFA dinamakan Kompleks AQFA di Temerloh, Pahang, sedang rancak digerakkan terutama dalam mengumpul dana pembangunan.


ALAT pemadam api yang tersedia di Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz, Bangi. - Foto Khairull Azry Bidin

"Buat masa ini, kami sudah meratakan tanah seluas 0.4 hektar yang membabitkan kos lebih RM60,000 dengan kos keseluruhan bagi pembinaan Kompleks AQFA dijangka bernilai RM7 juta.

"Premis di Bangi agak terhad dan sukar untuk kita melayani permintaan ibu bapa yang semakin meningkat. Justeru cawangan baharu ini diharap mampu menampung lebih ramai pelajar dan dapat menyediakan infrastruktur menyeluruh termasuk kuarters untuk guru," katanya.

INFO

Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz (AQFA)

  • Aktiviti kokurikulum sebanyak lima siri setahun untuk pelajar lelaki dengan kerjasama Mahabbah Automobil di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi yang menawarkan kursus penyelenggaraan kenderaan secara percuma antaranya cara menukar tayar dan minyak hitam kereta
  • Menyediakan program lanjutan pengajian untuk pelajar selepas tamat hafazan 30 juzuk al-Quran sama ada ingin mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau menyambung pengajian agama di institusi pengajian tempatan dan luar negara.

Fakta nombor

2013

- AQFA ditubuhkan

2015

- Mula dibuka untuk pelajar perempuan

122

- Jumlah pelajar

Berita Harian X