Jumaat, 8 Disember 2017 | 12:46am

Gempa sederhana di selatan Sumatera

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana 5.5 magnitud melanda selatan Sumatera pada jam 11.16 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Satu kenyataan daripada jabatan itu menyebut pusat gempa itu terletak 776km barat daya Pontian, Johor.

Tiada ancaman tsunami ekoran gempa itu. - BERNAMA

314 dibaca
Berita Harian X