Rabu, 20 Disember 2017 | 7:02pm

Harga mingguan petrol, diesel naik

KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen kepada kepada RM2.27 seliter dan RM2.54 seliter bermula tengah malam ini hingga 27 Disember.

Harga runcit diesel pula naik tiga sen kepada RM2.23 seliter, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman sesawangnya hari ini.

Bagi minggu sebelum ini dari 13 hingga 20 Disember, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.25 seliter, RON97 (RM2.52 seliter) dan diesel (RM2.20 seliter). - BERNAMA

1454 dibaca
Berita Harian X