Jumaat, 22 Disember 2017 | 4:19pm

Perhimpunan solidariti ke seluruh negara

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis tidak akan terhenti hari ini, sebaliknya akan diperluaskan ke seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, himpunan itu akan diadakan pada setiap hujung minggu ketiga pada setiap bulan di masjid lain.

"Atas cadangan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi perhimpunan, setiap bulan kita akan buat perhimpunan solidariti, bukan saja di masjid di Putrajaya tetapi juga masjid di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra di sini hari ini.

Najib berkata, seluruh umat Islam di negara ini tanpa mengira ideologi politik perlu bersatu padu dalam membela hak rakyat Palestin.

"Kita lupakan sengketa politik sesama kita. Dalam hal ini kita boleh bersatu padu, tidak kira baju hijau, baju merah atau baju oren, asalkan ada niat yang sama," katanya.

726 dibaca
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra di Putrajaya, hari ini. - Foto Luqman Hakim Zubir
Berita Harian X