Selasa, 9 Januari 2018 | 7:52pm

Mari berzumba di Festival GEGARIA

KUALA LUMPUR: Festival GEGARIA bukan sekadar platform berhibur, malah turut menyediakan aktiviti berzumba bagi mereka yang gemar bersenam.

Selain bergembira, mesej yang ingin diselitkan menerusi festival itu adalah membentuk generasi sihat dan pada masa sama, pengunjung boleh menghabiskan masa berkualiti dengan insan tersayang.

Bagi yang berazam menurunkan berat badan pada 2018, aktiviti zumba yang disediakan di GEGARIA dapat menjadi pemangkin untuk merealisasikan hasrat anda.

Lebih menarik apabila tiga jurulatih hebat seperti Jessica Ong, Hanif Shawn dan Dayang Damito akan memimpin program zumba di tiga lokasi GEGARIA.

Ia akan berlangsung di tiga lokasi iaitu di tempat letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, pada 13 Januari ini; Angsana JohorBahru Mall, Padang A, Johor Bahru (3 Februari) dan Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 Februari.

Kaunter pendaftaran dibuka seawal jam 7.30 pagi. Kemudian, muat turun aplikasi Wanita.

Seramai 500 peserta pertama yang mendaftar akan mendapat cenderahati menarik.

Apa tunggu lagi, jangan lupa ajak keluarga dan rakan untuk berzumba di Festival GEGARIA.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi GEGARIA dan Instagram GEGARIA.

267 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »