Rabu, 14 Februari 2018 | 9:28pm
KETUA Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

KPN terima anugerah bintang daripada Jokowi

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, menerima anugerah Bintang Bhayangkara Utama, yang dianugerahkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), hari ini.

Pingat berkenaan disampaikan oleh Ketua Polis Republik Indonesia (POLRI) Jeneral H Muhammad Tito Karnavian, dalam satu majlis di Jakarta, Indonesia, pagi tadi.

Bintang Bhayangkara Utama adalah anugerah tertinggi dalam pasukan POLRI dan dianugerahkan khas kepada individu yang banyak memberikan sumbangan dalam kerjasama memerangi jenayah serantau dan antarabangsa.

Selain itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, juga turut menerima anugerah sama dan diwakilkan kepada Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.

Turut menerima anugerah sama adalah Ketua Polis Singapura, Brunei, Australia dan Filipina.

1405 dibaca
Berita Harian X