Sabtu, 31 March 2018 | 7:07pm
PENGUNJUNG menyertai MyGameOn sempena GegaRia Fest 2018 di MATRADE. - Foto Zunnur Al Shafiq
SITI Farah Buang (dua dari kanan) bersama Nurfadhilah Buang (kanan), Nursyamimi Amanina Razali dan Siti Nurzahirah Buang (kiri) bermain congkak pada Gegaria Fest. - Foto Zunnur Al Shafiq
PERSONALITI media sosial, Faiz Roslan (dua dari kiri) dan Syed Syafiq (dua dari kanan) hadir sempena Gegaria Fest di MATRADE. - Foto Saddam Yusoff
ZON Throwback Tunnel adalah lokasi terbaik untuk pengunjung menimba inspirasi berharga mengenai perkembangan negara. - Foto Saddam Yusoff
PENGUNJUNG berpeluang bergambar bersama maskot Ejen Ali. - Foto Zunnur Al Shafiq
PERSEMBAHAN kayuh BMX sempena Gegaria Fest di MATRADE. - Foto Saddam Yusoff
DR Say (kiri) bersama Nana Al Haleq dan Hanif Shawn (kanan) ketika sesi tips menjaga kesihatan. - Foto Zunnur Al Shafiq
ANTARA pengunjung berpeluang menyertai MyGameOn sempena Gegaria Fest di MATRADE. - Foto Saddam Yusoff
PENGUNJUNG berselfie ketika hadir pada GegaRia Fest 2018 di MATRADE. - Foto Saddam Yusoff
SESI berkongsi memberi tips fesyen dan kecantikan oleh pelakon, Elfira Loy (kanan). - Foto Saddam Yusoff

GegaRia tarik 140,000 pengunjung

KUALA LUMPUR: Festival hiburan dan inspirasi tanpa henti GegaRia Fest 2018 #KitaOK merekodkan kira-kira 140,000 pengunjung sepanjang lima edisi penganjurannya tahun ini bermula Februari lalu.

Pengurus Projek Khas dan Perkhidmatan Pelanggan Pengiklanan New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Mohammad Anis Abdullah, berkata edisi kelima GegaRia Fest di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade hari ini dijangka merekodkan 25,000 pengunjung sehingga kemuncak konsert malam ini.

"Edisi pertama GegaRia Fest 2018 di Shah Alam pada Februari lalu mencatat 25,000 pengunjung diikuti edisi kedua, tiga dan empat masing-masing di Johor Bahru, Kuantan dan Ipoh dengan setiap satu merekodkan 30,000 pengunjung.

"Selepas Kuala Lumpur, edisi keenam GegaRia Fest anjuran Media Prima Berhad akan diadakan di Dataran Centrio Seremban 2 pada 7 April, sebelum mengakhiri sirinya di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 14 April," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohammad Anis berkata, penganjuran siri jelajah festival itu bertujuan mewujudkan ruang dan peluang untuk berhubung, berkongsi serta memberi inspirasi kepada masyarakat.

"Ia turut menjadi platform orang ramai mengekspresikan diri, menyatukan belia dan menzahirkan mereka sentiasa dihargai dan diperlukan, dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

"Pengunjung berpeluang meninjau lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan #GegaRia," katanya.


ANTARA pengunjung yang yang mengunjungi Zon Throwback Tunnel. - Foto Saddam Yusoff


PENYANYI, Wani Kayrie hadir sempena Gegaria Fest di MATRADE. - Foto Saddam Yusoff


ANTARA pengunjung berpeluang bermain permainan jengga sempena Gegaria Fest. - Foto Saddam Yusoff

Zon Makan-Makan menawarkan pelbagai kendera saji, makanan segera, makanan tradisional serta demonstrasi masakan manakala Zon Throwback Tunnel adalah lokasi terbaik untuk pengunjung menimba inspirasi berharga mengenai perkembangan negara.

"Zon ini menampilkan kontena berhias artistik yang mempamerkan gambar era pembangunan negara bermula 1950-an hingga kini.

"Orang ramai boleh melihat hasil kerja jurugambar NSTP yang pasti membawa pengunjung mengimbau kenangan lalu dan memberi inspirasi kepada generasi masa kini," katanya.

Tarikan lain ialah Zon Gaya Hidup #GegaRia (#GegaRia Lifestyle) yang memberi peluang pengunjung mendengar sesi perkongsian berkaitan kesihatan daripada Hanif Shawn, Dr Say dan Nana Al-Haleq, Perkahwinan oleh Chazynash, Karier oleh Faizdickie dan Vikar, Fesyen dan Kecantikan oleh Elfira Loy.

Turut menyertai ialah Kisah Kejayaan SPM oleh Wani Kayrie, tutorial solekan oleh Noriana The Face Designer serta Sesi Meet and Greet bersama Reen Rahim dan Eyka Farhana serta Bunkface.

Mohammad Anis berkata, penganjur turut menyediakan peraduan mewarna untuk kanak-kanak dengan penampilan istimewa Ejen Ali.

"Zon Komuniti menawarkan pelbagai aktiviti bermula jam 10 pagi termasuk semakan daftar pemilih dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pemeriksaan kesihatan.

Katanya, Zon Hiburan adalah antara tarikan utara dari jam 8 pagi hingga 10 malam melalui segmen berbeza.

"Pentas utama bermula dengan Zumba #GegaRia pada awal pagi, selain permainan tradisional seperti timbang takraw, teng-teng, congkak dan buih gergasi.


KANAK-KANAK gembira bermain buih sabun. - Foto Zunnur Al Shafiq


PENGUNJUNG menyertai aktiviti senam robik dan zumba sempena Gegaria Fest di MATRADE. - Foto Saddam Yusoff

Turut disediakan permainan elektronik bergandingan dengan MyGameOn (MGO) dan Garena untuk permainan FIFA Online 3, selain berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Pengunjung turut berpeluang bermain Playstation 4, Nintendo dan XBOX, selain permainan Virtual Reality yang memberi pengalaman bermain di alam maya.

Kemuncak acara ialah Konsert #GegaRia di pentas utama yang menampilkan selebriti seperti lAmNeeta, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Bunkface dan Bittersweet.

320 dibaca
Berita Harian X