Jumaat, 12 Oktober 2018 | 6:29pm
- Foto hiasan

Tubuh suruhanjaya khas kaji pemansuhan hukuman mati

KUALA LUMPUR: Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) mencadang kerajaan menubuhkan suruhanjaya khas bagi meneliti cadangan pemansuhan berkenaan.

Pengerusinya, Halim Ishak, berkata cadangan itu perlu mengambil kira pandangan semua pihak seperti pakar undang-undang, psikologi dan pihak berkuasa.

“Kerajaan tidak perlu terburu-buru melaksanakan pemansuhan hukuman yang dilihat memerlukan satu kajian menyeluruh.

Beliau berkata, jika penjenayah atau pembunuh dibebaskan dari penjara, ia dilihat akan memberi kesan psikologi kepada mangsa atau keluarga terdekat.

“Pembunuh harus dihukum dengan hukuman mati kerana menyebabkan kematian atau kecederaan serius kepada mangsa.

“Persoalannya ialah mengapa kita perlu memperjuangkan hukuman yang sudah dijatuhkan terhadap pesalah?

“Kita juga tidak perlu mengikuti negara lain yang memansuhkan hukuman mati ini kerana keadaan kita berbeza dengan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Amnesty International (AI) mahu kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori sepenuhnya tanpa sebarang pengecualian.

Setiausaha Agungnya, Kumi Naidoo, berkata Malaysia sepatutnya menyertai 106 negara yang sudah menerima pemansuhan hukuman mati mandatori yang dilihat satu bentuk hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Keputusan untuk memansuhkan hukuman itu tidak perlu mengambil masa yang panjang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web AI.

200 dibaca
Berita Harian X