Sabtu, 13 Oktober 2018 | 12:08am

Ribut, hujan, angin kencang sehingga 2 pagi

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan perairan negara termasuk di Phuket, Thailand sehingga 2 pagi ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia malam ini, kawasan perairan sekitar Perlis; Kedah; Selangor; Negeri Sembilan; Melaka; Johor; Pahang; Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak Utara dijangka mengalami angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dengan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan yang sama juga akan berlaku di Selat Melaka, Tioman dan Reef South sehingga 2 pagi esok dan berbahaya untuk aktiviti bot-bot kecil. – BERNAMA

4188 dibaca
Berita Harian X