Selasa, 10 April 2018 | 6:58pm
Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat (tengah) Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Sallina Hussain (lima dari kanan) dan Presiden JELTA, Vincent D'Silva (empat dari kiri) bergambar bersama penerima sijil ketika majlis Persidangan Bahasa Inggeris Johor ke-9 di Hotel M Suites. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Kuasai bahasa Inggeris seiring teknologi digital

JOHOR BAHRU: Penguasaan bahasa Inggeris perlu diperkukuhkan menerusi pelbagai kaedah, seiring dengan perkembangan pesat teknologi digital pada abad ke-21.

Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Sallina Hussain, berkata Persidangan Bahasa Inggeris Johor menjadi antara platform bagi guru mahu pun ahli akademik bagi mempraktikkan pengajaran bahasa Inggeris, sekali gus memperkayakan lagi pengetahuan menerusi perkongsian pengetahuan.

Katanya, program yang menghimpunkan lebih 420 peserta itu bertepatan dengan tema Memperkasa Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Seiring dengan Perubahan Semasa.

"Kita sudah ke arah digital. Apabila bercakap soal globalisasi, guru perlu mempunyai rentak kerana pergerakan ilmu itu sedang rancak berubah.


Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Sallina Hussain (tengah) menyampaikan sijil kepada sebahagian penerima sijil dan diperhatikan Presiden JELTA, Vincent D'Silva (kiri) ketika majlis Persidangan Bahasa Inggeris Johor ke-9 di Hotel M Suites. - Foto Mohd Azren Jamaludin

"Kita memerlukan seorang guru di sekolah yang boleh menarik minat pelajar untuk menguasai bahasa ini.

" Guru perlu lebih kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran," katanya selepas menyempurnakan program Persidangan Bahasa Inggeris Johor, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris (JELTA) , Vincent D'Silva.

Program tiga hari bermula hari ini dianjurkan oleh JELTA dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri.

Ia bertujuan menambah baik pengajaran di samping memperkasakan penguasaan peserta dalam bahasa Inggeris.


Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Sallina Hussain (kanan) menyampaikan sijil kepada sebahagian penerima sijil dan diperhatikan Presiden JELTA, Vincent D'Silva (kiri) ketika majlis Persidangan Bahasa Inggeris Johor ke-9 di Hotel M Suites. - Foto Mohd Azren Jamaludin

563 dibaca
Berita Harian X