Ahad, 13 Ogos 2017 | 10:55am

PM rasmi mesyuarat UMNO Bukit Katil, Masjid Tanah

AYER KEROH: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi tiba di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bukit Katil.

Presiden UMNO tiba kira-kira jam 10.20 pagi disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Turut menyambut ketibaan Najib yang juga Perdana Menteri ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam; Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan

dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Wira Latiff Tamby Chik.

Perdana Menteri kemudian akan berangkat ke Masjid Tanah bagi merasmikan mesyuarat UMNO bahagian berkenaan, sebelum menandatangani plak perasmian Kompleks Pendidikan Islam Masjid Tanah di sini.

Selepas itu, Najib diiringi timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat ke Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab.

Lawatan Perdana Menteri dijangka berakhir jam 4.30 petang sebelum beliau ke Kuala Lumpur jam 5.30 petang.

546 dibaca
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dua dari kanan) disambut Ketua UMNO bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam (dua dari kiri) pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Bukit Katil di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. - Foto Rasul Azli Samad
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »