Ahad, 13 Ogos 2017 | 6:59pm

Forum Nothing to Hide 2.0 kecoh

SHAH ALAM: Forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Armada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertukar kecoh ketika Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjawab soalan berhubung tragedi Memali yang berlaku pada 1985.

Keadaan semakin tegang apabila secara tiba-tiba kasut dan selipar dibaling ke arah Dr Mahathir.

Forum yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7 di sini, yang bermula pada jam 4.15 petang itu, awalnya berlangsung dengan aman hampir sejam sebelum bertukar ganas.


KEKECOHAN yang berlaku ketika program "Nothing To Hide 2.0" anjuran Angkatan Muda Bersatu Malaysia (ARMADA) di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. -Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, suar turut dilempar dan jatuh hampir dengan pentas utama forum berkenaan, sebelum keadaan menjadi huru-hara apabila beberapa objek dilemparkan sehingga hampir terkena Dr Mahathir, selain petugas media yang berada berhampiran.

Keadaan itu menimbulkan panik sehingga hadirin berlari ke luar dewan untuk menyelamatkan diri.

Sesi berkenaan dihentikan serta-merta manakala Dr Mahathir serta beberapa pemimpin pembangkang diiringi keluar meninggalkan dewan.


KEKECOHAN yang berlaku ketika program "Nothing To Hide 2.0" anjuran Angkatan Muda Bersatu Malaysia (ARMADA) di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. -Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Beberapa orang turut dilaporkan cedera ketika kekecohan berlaku.

Terdahulu, suasana forum itu mula tegang apabila Dr Mahathir enggan menjawab soalan seorang hadirin yang bertanya sama ada sabitan kes liwat terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri itu adalah benar atau hanya bermotifkan politik.

Dr Mahathir sebaliknya berkata, perkara itu tidak perlu dibangkitkan kerana tumpuan utama pakatan pembangkang ketika ini ialah untuk menjatuhkan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


KEKECOHAN yang berlaku ketika program "Nothing To Hide 2.0" anjuran Angkatan Muda Bersatu Malaysia (ARMADA) di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. -Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Sementara itu, Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, kecewa dengan insiden itu dan menggesa pihak berkuasa menahan pihak bertanggungjawab.

"Dr Mahathir menjawab dengan tenang walaupun ada soalan berbentuk provokasi ditanya. Seharusnya semua pihak matang dalam situasi ini.

"Tidak perlu buat kecoh dan kita menolak budaya samseng dalam politik," katanya.

7004 dibaca
KEKECOHAN yang berlaku ketika program "Nothing To Hide 2.0" anjuran Angkatan Muda Bersatu Malaysia (ARMADA) di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. -Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
KEKECOHAN yang berlaku ketika program "Nothing To Hide 2.0" anjuran Angkatan Muda Bersatu Malaysia (ARMADA) di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. -Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
KEKECOHAN yang berlaku ketika program "Nothing To Hide 2.0" anjuran Angkatan Muda Bersatu Malaysia (ARMADA) di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. -Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
Berita Harian X