Selasa, 10 Oktober 2017 | 1:07pm

Ahli politik tiba untuk perintah reman

KOTA KINABALU: Tiga ahli politik yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Dua daripada mereka dibawa masuk ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada jam 12.25 tengah hari, manakala suspek ketiga memasuki mahkamah sama lima minit kemudian.

Ketibaan mereka yang berpakaian baju lokap SPRM dengan tangan bergari tidak disedari penyokong yang menunggu di pekarangan mahkamah kerana dibawa masuk melalui laluan belakang Kompleks Mahkamah.

Dua suspek pertama ditahan di SPRM Kota Kinabalu, manakala suspek ketiga ditahan di Tawau, semalam selepas tiba di pejabat SPRM untuk memberi keterangan berkaitan siasatan penyelewengan dana awam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.


PEGAWAI SPRM mengiringi tiga ahli politik Sabah di Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

Kira-kira 100 penyokong kelihatan berkumpul di pekarangan mahkamah.

Sementara itu, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Mereka memantau keadaan berikutan kehadiran ramai penyokong tiga ahli politik berkenaan.

3329 dibaca
ANGGOTA Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini - Foto Mohd Izham Unnip Abdullah
ANGGOTA Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini - Foto Mohd Izham Unnip Abdullah
Berita Harian X