Isnin, 13 November 2017 | 3:50pm
PERSIDANGAN Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ketiga Belas di Dewan Negeri Selangor. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

Perwakilan tak puas hati boleh kemuka aduan - DAP

SHAH ALAM: Perwakilan yang tidak berpuas hati dengan pemilihan semula kali kedua Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semalam, perlu membuat aduan rasmi.

Setiausaha DAP Selangor, Ng Sue Lim, berkata aduan secara bertulis berkenaan sebarang isu harus dihantar kepada CEC.

"Mereka yang tidak puas hati, boleh laporkan perkara itu secara bertulis dan nyatakan ketidakpuasan hati mereka.

"Kita tidak akan memberi komen (berkenaan pemilihan CEC). Semua perwakilan mempunyai kebijaksanaan," katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN ) Selangor, di sini, hari ini.

Mengulas dakwaan perwakilan tidak menerima notis rasmi, Sue Lim yang juga ADUN Sekinchan berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada firma perunding, Grant Thornton, yang dilantik bagi menguruskan proses pemilihan itu.

Katanya, segala jemputan serta perkara berkaitan pemilihan itu diuruskan firma berkenaan tanpa ada campur tangan DAP.

Pada pemilihan semula CEC di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), dekat sini, semalam, hanya 1,376 daripada 2,576 perwakilan hadir mengundi.

Kehadiran itu lebih rendah berbanding 1,725 perwakilan yang mengundi pada 2013.

274 dibaca
Berita Harian X