Sabtu, 9 Disember 2017 | 6:22pm
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sesi penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC. - Foto Aizuddin Saad

Cerita hidung mancung Hishammuddin cuit hati perwakilan

KUALA LUMPUR: Celoteh mengenai hidung mancung Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencuit hati perwakilan pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017), hari ini.

Ketika tiba giliran Hishammuddin untuk menyampaikan ucapan penggulungannya, Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin sempat mengusik mengenai hidung Menteri Pertahanan itu.

Badruddin dengan gaya selambanya memuji kelebihan istimewa hidung Hishammuddin diwarisi daripada datuk dan ayah beliau iaitu Datuk Onn Jaafar dan Tun Hussein Onn.

"Kalau kita tengok di dinding sebelah kanan saya ada gambar Allahyarham datuk kepada naib presiden kita, Datuk Onn Jaafar dan ayahnya, Tun Hussein Onn

"Kelebihannya kita tengok, Datuk Onn pun hidungnya special (istimewa), Allahyarham Hussein Onn pun hidungnya special, hat nak bercakap ni (Hishammuddin) pun hidung terletak.

"Saya pi tengok cucu (Hishammuddin), cucu pun hidung macam tu jugak, kelebihan, jadi menteri jaga pasal Arab tu betullah, hat ni boleh ajaq (ajar) orang Yahudi," katanya yang menggamatkan Dewan Merdeka.

Hishammuddin kemudian membalas pujian itu dengan berterima kasih kepada Badruddin yang kerana tidak habis-habis bercerita mengenai hidungnya.

297 dibaca
Berita Harian X