Ahad, 16 Julai 2017 | 3:56pm

Unit khas jalankan kempen jimat air


MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melancarkan Program Jimat Air di Klang, hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman- Foto Roslin Mat Tahir

KLANG: Air Selangor hari ini menubuhkan Unit Konservasi Air yang akan bertanggungjawab menjalankan pelbagai program penjimatan air di negeri itu. Ia bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan air secara berhemah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman berkata, Air Selangor menjadi operator air pertama di negara ini yang menubuhkan unit khas itu untuk melaksanakan aktiviti berterusan membabitkan penjimatan air.

"Salah satu inisiatif utama unit ini adalah pengenalan penggunaan bidal air yang berfungsi mengurangkan aliran air daripada pili agar pembaziran dapat dikawal.

"Justeru, Air Selangor akan melaksanakan perjumpaan dengan pengguna domestik melalui bicara komuniti, seminar, kempen dan sebagainya khusus untuk meningkatkan kesedaran selain berkongsi cara penggunaan air yang lebih efisyen," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Program Jimat Air, di sini, hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib.

112 dibaca
Berita Harian X