Isnin, 28 Ogos 2017 | 2:20pm
KETUA Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (tengah) merasmikan Majlis Perasmian Tegas Digital Innovation Hub di ICOM Square Kuching. - Foto Nadim Bokhari

Media Prima Labs rakan strategik ekonomi digital Sarawak

KUCHING: Media Prima Labs dipilih antara rakan strategik Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) membangunkan Hab Digital Inovasi TEGAS, sekali gus membantu kerajaan Sarawak membangunkan ekonomi digital.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, berkata rakan strategik yang dipilih itu penting bertujuan melonjakkan Sarawak ke Revolusi Perindustian 4.0, iaitu pembangunan inovasi menggunakan data.

Beliau berkata, revolusi industri 1.0 bermula dengan penemuan kuasa stim dan revolusi industri 2.0 membabitkan pembangunan penggunaan peralatan mekanikal,

"Sarawak kini berada pada fasa 2.0. Justeru, kita mahu melompat dari fasa revolusi 3.0 membabitkan Internet ke fasa revolusi 4.0.

"Lonjakan ini signifikan dilaksanakan kerana saya berkeyakinan ramai anak tempatan berkemahiran menyumbang membantu negeri ini dalam dasar ekonomi digital sekiranya kita mampu menyediakan persekitaran bersesuaian termasuk membina prasarana berteknologi tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hab Digital Inovasi TEGAS, di I-COM, di sini sebentar tadi.

Abang Johari berkata, ekonomi digital ialah sumber kekayaan baharu selepas mengambil kira keuntungan sebanyak ASD25 bilion (RM106.6 bilion) bagi suku pertama tahun ini di tiga syarikat gergasi membabitkan Amazon, Facebook dan Microsoft.

"Bayangkan dalam tempoh empat bulan sahaja, keuntungan dijana begitu besar.

"Justeru, nilai pasaran dalam ekonomi digital luas dan kita perlu mengambil peluang ini," katanya.

308 dibaca
Berita Harian X